Thursday, February 18, 2010

Anak Derhaka

Baru kejap tadi tengok TV9 Topik anak derhaka, kebetulan aku baru aje abis baca buku " Dasyatnya Doa Ibu ". Apa yang dibincangakan kat TV9 ni lebih kurang isi kandungan dgn buku yg aku baca iaitu tentang anak derhaka dan doa seorang ibu. Sedih betul aku dengar kisah benar yg diceritakan oleh Ustazah Bahyah tadi. Dlm dunia moden ni makin ramai anak2 yg derhaka kepada ibu bapanya walaupun ibu bapanya dah memberi didikan dan pelajaran untuk anak2nya hingga jd ahli profesional. Aku harap aku tidak tergolong dlm golongan anak yg derhaka. Tak bau syurgalah jawabnya.

Rasulullah bersabda
" Apabila seorang anak memandang wajah orang tuanya dengan penuh kasih sayang, Allah memberikan ganjaran kepadanya sama seperti ganjaran orang yang beribadah haji mabrur."

Kesan buruk derhaka kepada ibubapa
1.Amal kebajikan jadi sia-sia.
2.Cepat azab dan malapetaka di dunia
3.Hilang cahaya kesolehanan
4.memendekkan umur
5.Meninggal dunia dalam su'ul khatimah (penyudah yg buruk)
6.Terhalang masuk syurga
7.Mendapat kutukan Allah
8.Allah menjauhi kita pada hari kiamat
9.Awal masuk neraka
10.Anak2 mereka jadi anak yg derhaka.

Jalan keluar bagi anak yg derhaka kepada ibu bapa selepas mereka meninggal dunia.
1. Selalu mendoakan kebaikkan untuk mereka dan mohon Allah ampun dosa-dosa mereka.
2.Lunas hutang orang tua sekiranya ada yang belum dibayar
3.Menunaikan nazar apabila ada nazar mereka yang belum sempat terlaksana
4.Menjaga kehormatan dan memenuhi sumpah yang pernah mereka ucapkan sewaktu mereka masih hidup.
5.Melakukan segala kebaikkan (semua ketaatan dan kepatuhan kepada orang tua). Semoga Allah memaafkan segala dosa dan kesalahan kita kepada orang tua.

Hadis laporan Baihaqi
"Sesiapa yang menziarahi kubur ibubapanya pada setiap hari Jumaat, Allah mengampunkan dosanya dan mencatatkannya sebagai anak yang berbakti"

10 hak orang tua yang wajib dipenuhi (petikan dari kitab Dorrotun Nasihin)
1.Memenuhi keperluan makannya.
2.Melayani semua keperluannya
3.Menjawab panggilannya
4.Mentaati semua perintahnya selagi perintah itu bukan perkara maksiat
5.Berkata-kata dengan lemah lembut dan tidak memarahinya.
6.Memberikan pakaian secukupnya
7.Berjalan dibelakangnya
8.Berusaha supaya orang tua sentiasa redha kepadanya
9.Tidak menyukai apa yang orang tua tidak suka
10.Berdoa dan memohonkan keampunan untuk ibu bapa dan diri sendiri.

7 amal yang mengalir pahala untuk orang yang sudah meninggal di alam kubur (Hadis al-Bazar)
1. Mengajar ilmu agama
2.membuka aliran sungai atau membuat tali air
3.Mengali perigi
4.Menanam pokok kurma/pokok berbuah
5.Membina masjid
6.Mewariskan Quran
7.Meninggalkan anak soleh yang selalu berdoa memohon keampunan untuknya.

Ya Allah jadikanlah kami anak-anak yang mensyukuri segala nikmat yang engkau berikan dan mensyukuri segala petunjuk dan bimbingan orang tua kami sejak kami lahir hingga dewasa.Ampunkanlah segala dosa kami dan dosa ibu bapa kami. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kami sewaktu kami kecil.Amin.

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates