Tuesday, August 19, 2014

Doa supaya anak solat tanpa disuruh.

Assalammualaikum...

Saya jumpa artikel ini -doa supaya anak solat tanpa dipaksa...

Mari kita amalkan...

Surah Ibrahim ayat 40.

Boleh baca di link di bawah ;-

http://deauraislam.com/rahsia-buat-anak-anda-solat-tanpa-perlu-disuruh-dibebel-dan-dipukul/ 



Moga bermanfaat.

Doa untuk melunaskan hutang

Assalammualikum...

Kisah bagaimana hutang dapat di lunaskan...baca kisah di link ini http://deauraislam.com/fadhilat-doa/

Ini doanya :-


Bagi yang menghadapi hutang keliling pinggang..bolehlah amalkan doa ini...

Moga bermanfaat utk semua...

Friday, July 05, 2013

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER

Salam semua...

Sila layari website ini...

 http://www.resepirahsiaku.com/2012/01/doa-doa-untuk-memusnahkan-sel-sel.html

Sekadar perkongsian...semoga bermanfaat utk semua...


Wednesday, June 05, 2013

Kisah Sebuah Buku Berharga RM10.00

Email dari Puan Lina. Terkesan saya membacanya.  Elok saya sharekan disini.

Assalamualaikum erranis,

Emel kali ini terbit dari rasa ingin mengingatkan diri saya sendiri sebenarnya. Tetapi bila difikirkan.. saya rasa bagus juga jika saya kongsikan kepada erranis tentangnya. Sesiapa yang datang samada bertamu, bertemu dan berukhuwah dalam hidup kita telah dirancang Allah dan ada sebab dan tujuannya. Samada di alam maya seperti saya dan erranis atau di alam nyata kemudian hari. Ingatan ini kuat setelah apa yang berlaku semalam.

Ceritanya begini.. satu hari saya ke pasar malam dan singgah di gerai menjual kaset dan buku2 agama. Saya terlihat sebuah buku yang rasanya agak lama sudah berada di pasaran yang bertajuk "Mari Sembahyang untuk Perempuan". Saya masih ingat buku ini adalah buku yang ibu saya berikan kepada saya pada waktu saya disekolah rendah untuk saya menghafal bacaan dalam solat. Melihat buku yang lama ini, saya ingin memilikinya untuk dibuat kenangan. Saya beli dan pada keesokkan harinya ada tetamu datang dan tetamu saya terlihat akan buku tersebut yang saya letakkan diatas meja. Dibeleknya dan sambil membelek saya bercerita tentang kisah saya belajar solat dari buku itu semasa saya kecil dulu. Dia berkata buku tersebut menarik dan ingin meminjamnya untuk ditunjukkan kepada seseorang. Tanpa syak apa-apa, saya berkata... ambillah buat kenangan kerana saya pun tak tahu kenapa saya membelinya semalam. Saya dan anak-anak telah lama bersolat bersama tanpa buku ini pun.
5 bulan sudah berlalu setelah kejadian itu dan saya tiada khabar berita darinya. Hari semalam, dia datang ke rumah saya. Dia mengusik saya... Alhamdulillah saya punya anak yang hafal al Quran kerana mereka boleh jadi penyelamat saya di akhirat nanti. Saya berkata, sesiapa pun tidak boleh bergantung kepada orang lain walaupun anak sendiri bila ia berkaitan dengan hari akhirat. Tiada siapa sanggup menunggu didalam api neraka yang keras seksaannya dan hitam warnanya sementara menunggu diri diselamatkan oleh manusia harapan mereka. Kita tidak akan sanggup berdepan dengan siksa itu walau dicelup hanya untuk sesaaat cuma. Bukan kata disana, malah seksaan sebelum itu juga kita tidak dapat menyanggupinya iaitu  siksa kubur dan Yaumul Mahsyar. Maka saya kata, eloklah jangan berharap dengan orang lain walau anak sendiri samada didunia atau diakhirat nanti. Buatlah bekalan kita sendiri walaupun kita ada 10 anak yang hafiz hafizah belaka. Jangan jadi ibubapa yang ' Nak bersibuk dan bermewah di dunia dan Nak  juga jaminan akhirat' dengan menghantar anak mereka ke pusat tahfiz kemudian lepas tangan. Saya pernah berbicara dengan pengusaha tahfiz yang berkata anak-anak dari kumpulan ini susah untuk menghafal dan lain karektor mereka dari anak-anak yang ibubapa mereka ikhlas ingin dunia dan akhirat untuk diri mereka sendiri dan keluarga mereka. Anak-anak kumpulan ini akan sukar menghafal kerana mungkin faktor bila balik ke rumah, mereka melihat ibubapa yang  sangat kontra dengan kehidupan di pusat tahfiz mereka. Masih berhiburan, leka dan lalai dalam menjalankan perintah Allah dan sebagainya. Maka mereka akan terfikir seperti mereka itu dipaksa atau tidak dimahukan dirumah sehingga mereka dicampakkan di pusat tahfiz.

Saya sambung lagi, ramai orang Islam yang Islam mereka hanya pada Kad Pengenalan. Mereka percaya pada kematian tetapi lalai. Mereka tidak memperdulikan rukun Islam dan rukun Iman dalam kehidupan. Seolah mereka akan membawa IC mereka untuk ditunjukan kepada Munkar dan Nakir didalam kubur apabila mereka mati nanti. 

Tiba-tiba tamu saya itu merah berair matanya sambil berkata,"Saya ingin berterus terang yang selama ini saya tidak pernah solat sehinggalah puan hadiahkan buku solat tempoh hari. Saya lihat buku itu memahami diri saya yang tidak tahu membaca ayat dalam huruf hijaiyah kerana bacaannya ada sekali dalam rumi. Saya menghafalnya dari buku itu dan kemudian saya cuba solat ikut buku tu. Itulah solat pertama dalam hidup saya!!. Saya solat dan menangis sepuas-puasnya. Saya rasa sangat berdosa kepada Allah. Kini hidup saya sudah berbeza.. Dulu saya ramai kawan tetapi saya tetap rasa kosong. Kini saya menjauhkan diri dari kawan tetapi hidup saya seperti disayangi dan sangat tenteram. 


Lidah saya kelu tidak tahu apa perlu saya katakan. Allah telah memberi beliau hidayah kepadanya. Hidayah itu adalah melalui saya. Terasa saya dipilih olehNya dan saya hampir sia-siakannya pada 5 bulan lepas waktu dia hadir itu. Allah telah gerakkan hati saya untuk membeli buku yang berharga RM10.00 yang tidak saya perlukan itu dan sebenarnya buku itu ditakdirkan untuk dia.
Saya jadi takut bila memikirkan jikalah saya tidak mahu berbual panjang dengan dia kerana jika diingatkan kembali kebetulan pada waktu itu memang saya sedang mahu melakukan perkara lain dan terfikir untuk memendekkan pertemuan, tentulah saya jadi orang yang menyesal. Allah telah datangkan dia untuk saya sampaikan ayatNya tetapi saya tidak endahkannya. Maka akan dipertanggungjawabkan, disoal kenapa??? diakhirat nanti.
Mari kita ingat mengingatkan.. Berkatalah yang bermanfaat untuk agamaNya supaya kita tidak disoal tentang timbangan amal orang yang menyesal diakhirat nanti. Setiap kali kita ditemukan dengan makhluk Allah yang lain, sebenarnya kita diberi pilihan untuk berbuat DOSA dengannya atau mendapat PAHALA melaluinya. Raikanlah pertemuan itu dengan melihat peluang menambah saham akhirat.  
 
Jika kita lihat dari luaran, memang kita tidak akan tahu siapa yang jahil dan siapa yang bagus pengetahuan agamanya. Ada yang luaran pakaiannya nampak kejahilannya tetapi bagus pengetahuan agamanya cuma tersimpang seketika. Kita doakan semoga mereka ini kembali ke jalan yang lurus semula. Ada yang nampak luaran seperti beragama dari segi luarannya tetapi sebenarnya mereka sendiri teraba-raba apa itu Rukun Islam dan Rukun Iman. Maka Allah temukan mereka dengan kita untuk kita sampaikan ayatNya kerana Allah mahu hidayah untuk mereka itu datang dari kita dan bukannya orang lain. Hidayah Allah itu dikirimkan kepada kita untuk disampaikan kepada orang yang akan ditemukan olehNya dalam hidup kita. Rasakanlah dalam diri dengan pertemuan emel saya ini bahawa setiap dari kita adalah dipilih oleh Allah untuk pertemuan dengan makhlukNya yang lain untuk menyampaikan agamaNya. Dan semoga ingatan ini memberi saya limpahan pahala, dan ampunan dosa kelalaian saya dalam menyampaikan ayatNya.  

Ikhlas dari,
Lina Karim.


 

Thursday, March 28, 2013

Masalah Jantung

Salam...

Jika ada dikalangan kita ada masalah jantung.
Bacalah surah al-israq yat 40-55.

Kaedahnya : dibaca hari2

Wednesday, March 13, 2013

Bantulah Insan Yang Sedang Duji Ini...

Salam semua...

Email yang dipanjangkan oleh kawan opis...

Terasa sebak membaca luahan hati & penderitaan Puan Haryani...marilah kita sama2 membantu beliau....Boleh kunjungi blog beliau di sini

Beliau betul2 memerlukan bantuan dari kita semua...

Haryani Mat Hussin adalah ibu tunggal yang mengidap penyakit saraf yang telah di ceraikan oleh suami beliau. Dan keadaan beliau sekarang telah mampu berjalan tapi tidak begitu kuat untuk masa yang lama. Beliau masih berulang alik ke HUSM untuk rawatan susulan dan tinggal bersama ibu di Kubang kerian, Kelantan. Beliau menyara 2 orang anak lelaki dengan hanya bantuan JKM RM400 sebulan tanpa ada pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan beliau. Oleh itu untuk jangka pendek ini marilah kita sama-sama membantu beliau, semoaga dapat meringan bebanan beliau dan moga boleh jadikan modal untuk beliau berniaga.

Atau ada sahabat-sahabat di SIM ini dapat memberi bantuan nasihat dan untuk keterangan lanjut boleh hubungi beliau di no talipon, email address dan blog beliau seperti di bawah:
Bersama ini kami panjangkan pemasalahan seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan. Bersama ini kami catatkan ringkasan latarbelakang pihak berkenaan:

Nama : Haryani Mat Hussin
Tel no : 012-9218016
Maybank : 164034266923
Status : Ibu Tunggal (Ditinggalkan oleh suami sejak beliau jatuh sakit)
Alamat Tinggal : Kubang Kerian
Alamat blog : http://aliaharyanie.blogspot.com
Tanggugan : 2 orang
Pekerjaan : Tiada
Sumber pendapatan sebulan : RM400 (dari Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Ini email dari beliau pagi tadi kepada saya:

From: Alia Haryanie [mailto:haryanie.alia@yahoo.com]
Sent: Wednesday, 13 March, 2013 11:16 AM
To: Husri
Subject: Re: Salam Puan Haryanie

Assalamualaikum encik,amat2 berharap jika dapat membantu.boleh jenguk blog saya http://aliaharyanie.blogspot.com
kini,saya dah mampu berjalan kembali tapi kaki tidak sekuat dulu,Kesihatan lain masih berulang alik di Husm.Tolong saya dan anak anak kerana Allah.

Saya dah cuba memohon bantuan dari pusat zakat tapi saya tak dapat bantuan kerana saya dah dapat bantuan dari Badan Kebajikan sebanyak rm300 sebulan.Saya diberitahu hanya boleh dapat salah satu sahaja.Saya memang tiada sumber pendapatan yang lain.Saya amat amat berharap jika dapat membantu.No telefon saya 012-9218016,no account maybank 164034266923.Haryani Mat Hussin

Ya Allah kau berikan kesembuhan pada Puan Haryani. Kuat dan tabahkanlah hatinya menghadapi ujian dariMu. Jadikanlah anak2nya anak yg soleh dan sekuat ibunya.Amin...

Friday, February 22, 2013

Bolehkah berzakat kepada saudara terdekat yang tidak berkemampuan.

Salam..

Soalan : Boleh kah bayar zakat kepada adik beradik yang tidak berkemampuan.

Jawapan Tanyalah Ustaz : Seeloknya bayarlah zakat kepada saudara yang jauh. Saudara yang dekat ni macam adik beradik ni, seeloknya kita bersedekah kepada mereka bukan berzakat sebab mereka adalah dibawah tanggungan kita.

Macam ayah/ibu nak bayar zakat pada anaknya. Tidak boleh sebab adik tu tanggungannya. Begitu juga anak kepada ibu bapanya.

Sekadar perkongsian.

Thursday, February 21, 2013

Doa supaya anak cepat bercakap

Salam semua...

Untuk anak yang lambat bercakap...amalkan membaca surah Toha ayat 25-28.





Terjemahan
"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku.

Caranya : Bacakan dan hembus pada mulut anak.

Template by:
Free Blog Templates