Wednesday, December 05, 2012

Doa penyembuh penyakit dalaman

Salam semua... Doa ini di ambil semasa siaran tanyalah ustaz tv9 oleh ustaz sharhan shafie. Untuk air dibuat mandi. -Bacakan pada air surah al-fatihah,ayat qursi dan surah baqarah ayat 21 & 22. Untuk sembuh penyakit dalaman pula :- -Pada air mineral, dibaca al-fatihah, ayat qursi, surah al-israq ayat 82 dan surah yunus ayat 57. Air mineral itu diminum.

Friday, November 02, 2012

Ilmu dikutip dari Kuliah Zohor Imam Muda hafiz

Assalammualaikum...



Time ni saya masuk kuliah dia pun dah lewat 20 minit. Jadinya separuh sahaja ilmu yang saya dapat catatkan. Baik saya kongsikan di sini.Ianya juga untuk peringatan saya di masa2 hadapan. Kalau hanya berada di kertas, saya pasti ilmu ini akan terbang melayang bila kertas hilang. Moga sama2 kita dapat manfaatkannya.

Tajuk : Amalan untuk dapat saham/bonus diakhirat nanti..ada 2 sahaja yang dapat sy catatkan.

  1. Amalan Jariah
    • Sedekah jariah -sedekah dari segi kewangan, idea untuk manfaat orang awam atau sumbangan tenaga dalam membantu orang2 yang susah. Tahan dari melakukan dosa jugak dikira sedekah.
        • Sedekah yang Afdal
        1. Sedekah dalam keadaan sihat
        2. Sedekah pd waktu kita perlukan duit itu. Menurut hadis nabi, pahalanya 18x ganda lebih afdal dari orang yang memberi sedekah.Contohnya kita memberi pinjam duit kepada sahabat yang betul2 memerlukan ketika itu. Pahalanya berganda sebab pertama, kita memberi pinjam dlaam keaddan kita tidak rela tapi demi kawan, kita terpaksa memberi dan kedua kemungkinan ada risiko tidak dibayar balik.
        3. Kepada kaum kerabat yang terdekat barulah orang-orang yang diluar (sahabat dan sebagainya). Disini dapat 2 pahala, (1) pahala sedekah (2) pahala menghubungkan silaturahim 

    • Ilmu yang dimanfaatkan 
        • Tanda ilmu dimanfaatkan apabila :-
        1. Dengan ilmu itu kita rasa takut pada Allah
        2. Ilmu itu menambahkan lagi kualiti ibadat kita
        3. Ilmu itu menambahkan lagi kefahaman agama kita
        4. Ilmu itu membentu takwa dalam diri kita
    •  Anak2 yang soleh
    • Banyakan baca Al-Quran-diakhirat nanti Quran akan memberi syafaat pada tuan yang membacanya
    • Banyakkan puasa sunat
    • Hubungkan silaturahim-banyak buat baik pada sahabat ibubapa kita. Jika sahabat itu memutuskan hubungan, kita sambungkan kembali.besar pahalanya disitu.
    • Solat berjamaah dimasjid-boleh memberatkan neraca timbangan kita di akhirat nanti.
    • Biasakan berzikir sekurang2nya 5 minit setiap hari secara istiqamah
    2.Amalan Syafaat

  • Hidupkan sunah Nabi-jangan diamik remeh amalan ini. Contoh amalan sunah nabi adalah makan dengan tangan kanan dan banyak lagi.
  • Banyakan salawat pada Nabi Muhamaad s.a.w pada hari Jumaat
  • Tanamkan hasrat melawat makam nabi & solat dimasjid nabawi
  • Buat baik pada malaikat, malaikat akan beri syfaat diakhirat nanti dgn jauhkan benda2 makruh yang tidak disukai malaikat  contoh jauhkan dari simpan patung dirumah,merokok, mkn bend berbau, menyimpan loceng mcm dikuil dan byk lagi
  • Bantu para syuhadah -bantu palestin dari segi kewangan
  • Anak2 yang mati sebelm baligh-anak ini akan beri syafaat diakhirat nanti.
  • Baik dgn alim ulama dan hufaz al-quran


Sekian wasalam....

Tuesday, October 30, 2012

Petua utk ubat anggota badan yang lemah akibat stroke

Salam semua...

Petua ni saya dapat dari kawan yang emaknya mengalami stroke. 

Ambil halia bara, blend bersama asam jawa ( cari asam jawa adabi yg tak ada biji tu).
Sapu dianggota badan yang lemah tu.



Cubalah..mudah2an ianya berkesan. Kalau berkesan, sila tinggalkan komen untuk kita kongsikan bersama.

Wednesday, October 24, 2012

Mari kita puasa pada hari Arafah

Kelebihan puasa Hari Arafah

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)

Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat 26 Oktober 2012, maka hari Arafah jatuh pada hari Khamis 25 Oktober 2012.

Semoga kita sama2 mengambil peluang besar ini dan dikurniakan ganjarannya dari Allah s.w.t. Amin...
 

Wednesday, October 03, 2012

BERSANGKA BAIK DEMI CINTA



Salam semua. 

Saya kongsikan artikel yang saya baca dari blog ustaz Pahrol. Moga ianya membantu hati2 yang sedang berada di persimpangan dalam menghadapi kemelut dan ujian dalam berumah tangga.

Usia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun. Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun siisteri meluahkan rasa hatinya dengan berkata, “saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”

“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”

“Mengapa pula?” tanya siisteri.

“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. ”

“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?”
Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what happens to you.’

Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:
  1. 1.      Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.
Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.

Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?

Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.

Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan.  Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga)  yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.

Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.

Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.

Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.

ii) Sering berdamping dengan orang yang positif.
Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.

Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?

Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

iii) Jadikan sekarang masa paling gembira.

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.

Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

iv) Cari jalan untuk mengatasi stres.

Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.

Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?

Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.

v) Jangan terlalu serius. 

Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah.  Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?

Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.

Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!

Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.

Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…

Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

Sumber : genta-rasa.com

Saturday, June 09, 2012

Ya Syahiid

Maknanya yang menyaksikan. Bacalah zikir ni sebanyak 173x tiup pada ubun-ubun anak sekali seumur hidup atau boleh dibuat zikir. Dizaman yang mencabar ini, perkara maksiat memang dah jadi perkara biasa dalam kehidupan manusia kini. Semoga dengan doa ini anak-anak kita akan terhindar dari melakukan maksiat, berzina, gay dan lain-lain kejahatan lagi. Moga Allah lindungi zuriat kita berkat doa kita sebagai ibu dan bapa. Semoga bermanfaat untuk semua.

Monday, February 13, 2012

Mak kata "jangan minum air berdiri"

Mak saya marah tiap kali saya minum berdiri. Dari saya kecil, belum berkahwin, dah berkahwin & ada anak..baru kini saya faham kenapa emak selalu menegah supaya minum duduk jangan berdiri. Mak selalu kata nanti air tu terus ke bawah tak elok untuk orang perempuan. Saya masih mengabaikan kata-kata mak tu, kadang-kadang saya minum juga berdiri bila terlupa. Bila terlintas pesanan mak baru saya duduk. Setelah ada anak ni tetiba saya tergoogle artikel di bawah. Rupanya tegahan mak saya ada benarnya, cuma mak tidak menerangkan secara saintifik kenapa & mengapa.

Moralnya : pesanan orang tua kita jangan diabaikan.

Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

~erranis~

Friday, February 03, 2012

Makna tersirat disebalik "aku terima nikahnya..."

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Wahai si suami sedarlah akan tanggungjawab kamu di dunia & juga di akhirat. Kamu akan berdepan & menjawab didepan Allah sekiranya kamu gagal menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan ini. jadilah seorang suami yang bertanggungjawab terhadap anak isteri demi kesejahteraan di akhirat

Sumber rujukan : http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/3847-dosa-dalam-perkahwinan.html

Thursday, January 05, 2012

Doa suami kedekut

1.Bacakan selalu surah Al Kausar.



2.Bacakan juga zikir pelembut hati ini agar hati suami tu lembut sikit nak beri nafkah:
“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir”

3.Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas ubun-ubun suami. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Selain itu hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami..

4.Selain daripada itu amalkan doa ini: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi nabi daud a.s”.

Demikian doa suami kedekut yang boleh Anda amalkan.

Doa elak ego, keras kepala anak,isteri & suami

Supaya saya tidak mudah lupa, saya copykan artikel yang saya baca dr http://pakarhowto.com untuk peringatan & amalan saya.

Untuk suami @ isteri @ anak anda keras kepala ker, ego tinggi ker, malas (atau tak mahu) solat 5 ker, amalkan doa ini dengan istiqamah .



Maksudnya:

“Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.” (Surah Ar Rum:Ayat 31)


Cara mengamalkannya ialah :

1.Baca lah ayat ini (sebagai doa) sebanyak 33 x setiap kali selepas solat dan mohonlah hajat anda kepada Allah Ta’ala.
2.Boleh juga dibacakan ayat ini dan ditiupkan ke dalam air minuman. Kemudian, air tersebut diberi minum kepada pasangan (suami/isteri) atau anak anda.

Sumber : http://pakarhowto.com

Amalan mendapat jodoh

Salam 2012,

Saya percaya diluar sana masih ada lagi insan-insan yang sedang menunggu jodoh & berusaha mencari jodoh masing-masing. Kalau ada yang masih tidak bertemu jodoh. Cubalah tips di bawah ini.Saya tahu sukar sebenarnya mencari jodoh ini kerana saya juga mengambil masa 14tahun (dr usia 20 hinggalah 34thn) untuk mendapatkan jodoh saya. Tapi saya tidak pernah berputus asa mencari,berdoa & bertawakal hingga akhirnya Allah gerakkan hati saya ke Mekah menunaikan umrah. Setelah 3 bulan sekembalinya saya dari Mekah, alhamdulilah Allah telah memperkenankan doa & usaha saya selama berbelas tahun.

Saya tidak ingat dimana saya mendapat tips ini, tapi ianya ada dalam koleksi saya. Lebih berguna kalau ianya di kongsi bersama-sama.
Cubalah, moga ianya menjadi titik tolak kepada pertemuan jodoh anda semua.

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadis nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadis, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh khusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.

Selamat beramal.
~erranis 2012~

Doa mula belajar

Doa menjadi orang yang sabar.

Doa ni saya download dari website Tuan Haji Harun Din. Saya letakkan di website ini untuk memudahkan saya mencari & menghafalnya.

Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:



Kalau suami naik berang. bacakan ayat ini dari surah Al-Nahl ayat 99



bermaksud “ Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.

Doa keperluan keluarga cukup

Saya post kan doa ni, utk amalan.

Tip tangani cucu atau anak nakal

Tip ini saya ambil dari majalah MIDI. Untuk peringatan saya, maka saya post kan di blog saya dan untuk manafaat kita semua. Moga dgn amalan ini anak kita menjadi anak yg baik & soleh.


1)Selalu membaca “Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan hembuskan pada kepala anak atau cucu sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2)Kena byk bersabar,cakap dgn lembut, pujuk selain berdoa pd Allah minta dilembutkan hatinya.

3)Apabila bangun pagi peluk anak atau cucu sebanyak 3 kali, usap kepala dan berselawat sambil berniat di dalam hati.
Baca Al fatihah, surah Toha ayat 1-5 & baca doa nabi daud 3 kali iaitu “Ya Allah, lembutkan hati anakku atau cucuku (sebutkan nama) sebagaimana Engkau lembutkan besi nabi daud a.s. Kemudian hembus pada makanan/minuman.

4)Untuk bantu anak atau cucu mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca “ Ya latif” sebanyak 129x diikuti ayat surah As Syura ayat 19



bermaksud Allah Maha lembut kepada hambanya, Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.
Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

5)Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan baca ayat 200 surah Ali Imran “Yaa aiyuhalazi na aa manusbiruu wasoo biruu waroo bithuu wattaaqulllaha laallakum tuflihun..”maksudnya “wahai orang yang beriman! Bersabarlah kami dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu Berjaya”
Diikuti dgn perbanyakkan zikir “ Ya Hayyu, Ya Quyyum,Ya Latiff dan Ya rahman” berulang2.
Surah Toha ayat 1-8, Surah Ar-Rahman 1-4 dan surah Al-insyirah dibaca dlm kegiatan lain spt ketika menemani anak atau cucu menelaah buku dan baca quran.

6)Digalak menyentuh dgn lembut ubun2 anak atau cucu dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam, ketika anak baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat & lebih mudah mendengar kata.

7)Selepas solat 5 waktu,amalkan doa ayat 74 surah al-furqan



bermaksud “ Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata “ wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yg menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami iman ikutan bg org yg mahu bertakwa.

8)Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim



yang bermaksud,”Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku.”

Selamat Tahun Baru 2012

Assalammualaikum...

Selamat tahun baru 2012. Semoga azam kita tahun ini berjaya & sentiasa mendapat rahmat dari Ilahi.

Template by:
Free Blog Templates