Thursday, December 24, 2009

Doa pendekat jodoh


Ini pulak salah satu doa untuk kawan2 yang masih belum bertemu jodoh. Amalkan doa ni disamping usaha kita sendiri mencari jodoh. Jodoh ni kalau dicari memang susah nak dapat tapi kalau tidak dicari senang pulak di datang. Kekadang pening jugak kepala memikirkannya. Aku Alhamdulilah telah bertemu dengan jodohku dan doakanlah jodohku ini berpanjangan. Apa pun doakanlah jodoh aku berkekalan hingga ke akhir hayat. Rupanya jika sudah jodoh, ianya datang dgn sendirinya, luaskanlah pergaulan dengan rakan-rakan sekeliling.Rupanya jodoh tu dekat aje dengan kita cuma Allah menetapkan masa dan ketika yang sesuai sahaja utk kita bersatu dengannya. Allah itu Maha Kuasa. Dia mengatur segalanya begitu teliti. Sebagai hambaNya, kita tidak harus berputus asa untuk berusaha mencari jodoh kita.

Aku juga ada baca beberapa amalan yang terbukti berkesan utk pencari2 jodoh :-).Aku terbaca dalam website, aku pun tak ingat website apa. Dalam website tu, penulis blog ni ada bercerita tentang kisah benar ini. Satu hari dia kata, kawan dia ini telah menonton drama Indonesia diTV. Dalam drama tu, ustaz tu berkata, jika kamu ingin bertemu dgn jodohmu, maka amalkanlah 3 perkara ini (aku tuliskan di bawah ini). Setelah kawan dia selesai menonton drama tersebut, dia mengamalkan apa yang di suruh oleh ustaz tu dan Alhamdulilah dia mengamalkan tanpa putus asa dan akhirnya dalam ms berberapa bulan dia bertemu dengan jodohnya. Allah itu memang Maha mendengar rayuan hambanya,Dia Maha Pengasih & Maha Penyayang. Maka berdoalah kepadanya tanpa putus asa. Kita jangan mendengar apa kata orang sekeliling tentang jodoh kita, biarkan mereka tapi kita sebagai hambanya lakukanlah usaha yang mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa, Sabar & Kuatkan semangat. Allah itu sentiasa bersama hambanya yang meminta2. Pintalah padaNya. Insya Allah.

Antara amalannya ialah :-
1. Berpuasalah pada hari Isnin & Khamis
2. Bersedekahlah kepada fakir miskin
3. Lakukanlah solat ditengah malam (Tahajud & Hajat juga Istikarah)

Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu rakan-rakan yang buntu untuk mencari jodoh.

Janganlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

1 comments:

MicQy SyG aRejai said...

apa hukumnya kalau kita doakan orang yang sudah berpunya sebagai jodoh kita?? berdosa ka???

Template by:
Free Blog Templates