Friday, December 25, 2009

Buku



4 buah buku lagi yang aku tak sempat nak baca. Rasa macam banyak sgt keja nak dibuat kat rumah ni smpikan nak baca buku pun tak sempat.

Buku "bahagiakan hatimu". Buku ini aku dah baca separuh tapi tak concentrate sangat. Maka aku kena ulang balik baca buku ni. Buku ini elok dibaca untuk kita memahami tentang hati sebab segala penyakit berpunca daripda hati, hati yang suka berdendam, hati yang gelisah dan tiada ketenangan. Kebahagiaan sebenarnya terletak dihati bukan kemewahan harta benda.Di dalam buku ini ada menceritakan bagaimana untuk membahagiakan hati dan hidup dengan tenang. Harap2 lepas aku baca ni, aku akan tenang hati selalu ;-)

Haram Ucap Merry Christmas bagi orang Islam

Info ini aku dpt dari kawan yg forwardkan email kat aku. Aku pun tak berapa pasti makna sebenar Merry Christmas tu. Jika betul maksud seperti diceritakan dibawah, sebagai umat islam kita haruslah berhati2 dgn perkataan yang diucapkan.Semoga Allah melindungi iman kita semua. Amin.

Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal atau Merry Christ dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahun Baru Cina WALLAHUALAM).Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya(WALLAHUALAM),tetapi maksud Selamat Hari Nata atau Merry Christ dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Jesus(NAUZUBILLAH).Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah,Yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)

Thursday, December 24, 2009

PMR result hari ini

PMR result thn ni dah kuar..seperti biasa adik aku yang mengarah aku menelefon anak2 buah aku menanya result masing2. Thn i sorang je yg amik PMR..Liyana je...YM dia tadi...katanya B tak de bunyi...maknanya semua A lah tu...8A dia pulun. Tahniahlah Liyana...korang adik beradik semua pukul abis2an. Adik aku lah yang pening kepala dok mikir camnelah anak dia nanti nak bersaing ngan sepupu2nya. Anak aku tak tahulah lagi...rupa pun tak tahu lagi mcmana hahahaha...apa2 pun Congrat utk yg berjaya & yg tak berjaya tu jgn patah semangat..SPM nanti buat baik2. Aku nilah kn jugak check poket...nak kn belanja huhuhu...

Doa pendekat jodoh


Ini pulak salah satu doa untuk kawan2 yang masih belum bertemu jodoh. Amalkan doa ni disamping usaha kita sendiri mencari jodoh. Jodoh ni kalau dicari memang susah nak dapat tapi kalau tidak dicari senang pulak di datang. Kekadang pening jugak kepala memikirkannya. Aku Alhamdulilah telah bertemu dengan jodohku dan doakanlah jodohku ini berpanjangan. Apa pun doakanlah jodoh aku berkekalan hingga ke akhir hayat. Rupanya jika sudah jodoh, ianya datang dgn sendirinya, luaskanlah pergaulan dengan rakan-rakan sekeliling.Rupanya jodoh tu dekat aje dengan kita cuma Allah menetapkan masa dan ketika yang sesuai sahaja utk kita bersatu dengannya. Allah itu Maha Kuasa. Dia mengatur segalanya begitu teliti. Sebagai hambaNya, kita tidak harus berputus asa untuk berusaha mencari jodoh kita.

Aku juga ada baca beberapa amalan yang terbukti berkesan utk pencari2 jodoh :-).Aku terbaca dalam website, aku pun tak ingat website apa. Dalam website tu, penulis blog ni ada bercerita tentang kisah benar ini. Satu hari dia kata, kawan dia ini telah menonton drama Indonesia diTV. Dalam drama tu, ustaz tu berkata, jika kamu ingin bertemu dgn jodohmu, maka amalkanlah 3 perkara ini (aku tuliskan di bawah ini). Setelah kawan dia selesai menonton drama tersebut, dia mengamalkan apa yang di suruh oleh ustaz tu dan Alhamdulilah dia mengamalkan tanpa putus asa dan akhirnya dalam ms berberapa bulan dia bertemu dengan jodohnya. Allah itu memang Maha mendengar rayuan hambanya,Dia Maha Pengasih & Maha Penyayang. Maka berdoalah kepadanya tanpa putus asa. Kita jangan mendengar apa kata orang sekeliling tentang jodoh kita, biarkan mereka tapi kita sebagai hambanya lakukanlah usaha yang mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa, Sabar & Kuatkan semangat. Allah itu sentiasa bersama hambanya yang meminta2. Pintalah padaNya. Insya Allah.

Antara amalannya ialah :-
1. Berpuasalah pada hari Isnin & Khamis
2. Bersedekahlah kepada fakir miskin
3. Lakukanlah solat ditengah malam (Tahajud & Hajat juga Istikarah)

Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu rakan-rakan yang buntu untuk mencari jodoh.

Janganlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Petua awek muda untuk ibu2.

Ini juga salah satu koleksi doa yang ada dalam simpanan aku. Aku tak ingat mana aku dapat petua ni. Rasanya dari email yang di forwardkan kawan2. Semoga semua ini dpt membantu ibu2, bakal ibu dan isteri2 utk jadi sentiasa muda. Sama-sama kita amalkan.

PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Doa Stress



Untuk sape2 yang selalu rasa stress tu, elok amalkan doa diatas ni. Doa ni aku amik dari website darul syifa. Korang boleh pegi website darul syifa kalau nak banyak lagi doa2. Ini salah satu doa yang aku download tapi belum amalkan lagi. Aku saja letak kat website aku ni supaya senang aku nak rujuk. Tak payah nak cari2 dlm folder. Lambat & buang ms aku aje..hehehe...Amal-amalkanlah yer...

Ayat Pengerak

Setelah aku melalui pelbagai dugaan dalam hidup aku, pengalaman yang kekadang aku sendiri macam tidak percaya adalah ianya betul atau tidak. AKu banyak melayari internet untuk mencari ayat-ayat yang boleh aku gunakan untuk menyembuhkan penyakitku & gangguan2 yang aku alami. Aku akan kongsikan beberapa potong ayat yang selalu aku amalkan. Semoga ianya memberi manfaat pada kita semua. Ayat ini aku jumpa didalam website ustaz Harun Din.

Ayat ini biasanya aku amalkan ketika keluar rumah & pulang dari rumah. Jika kita ingin keluar dari rumah, bacalah ayat ini sebyk 7kali. Kalau kita rasa mcm tidak kena, mcm tak sedap hati, rehat sebentar dlm beberapa minit kemudian barulah kita melangkah kaki utk keluar rumah. Tujuannya utk mengelak musibah di luar rumah.

Ketika kita pulang iaitu sebelum masuk ke rumah, eloklah dibaca ayat ini sebanyak 3 kali dan ludah kekiri (isyarat sahaja) tujuannya supaya JIN atau Syaitan tidak ikut sama masuk kerumah. Elok diamalkan utk rumah yang ada baby.




Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua. Sama-sama kita amalkan dan kongsikan ilmu ini bersama.

Wednesday, December 23, 2009

Mission July 2010.

Tak lama lagi kita semua akan menyambut tahun baru 2010.
Apa agaknya azam kawan-kawan semua. Azam aku untuk tahun depan ni nak laksanakan misi July 2010. Start dari sekarang dah kn kumpul duit, kalau tak misi July tak mungkin akan tercapai. Fikir punya fikir, takut jugak sebenarnya kalau misi tersebut terkandas ditepi jalan tapi aku yakin kalau kita nak buat benda baik, Insya Allah, yang Maha Kuasa akan membantu. Aku serahkan saja padanya disamping usaha2 kearah itu aku buat.
Doakan mission July 2010 aku ini tercapai. 7 months from now on, i must get ready.
Berpeluh jugak ni...

Template by:
Free Blog Templates