Friday, December 31, 2010

Insha Allah - Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

By: Maher Zain

Maher Zain - Insyaallah.mp3

Friday, April 30, 2010

Tasbih Kaffarah

Doa ini biasa dibaca selepas akhir sesuatu majlis dan diakhiri bersama2 surah al-asr semoga kesalahan semasa majlis berjalan diampunkan oleh Allah.

Doa ringkas selepas solat

Salam semua...

Rasanya sudah lama sy tidak update blog ini ..kemalasan yg menjelma menjadikan saya begitu malas nak menitipkan sesuatu disini. Dibawah ini adalah doa ringkas selepas solat. Moga ianya membantu dan memberi manfaat kepada semua.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Utk doa2 yg lain, bolehlah layari doaharian.blogspot.com

Thursday, February 18, 2010

Anak Derhaka

Baru kejap tadi tengok TV9 Topik anak derhaka, kebetulan aku baru aje abis baca buku " Dasyatnya Doa Ibu ". Apa yang dibincangakan kat TV9 ni lebih kurang isi kandungan dgn buku yg aku baca iaitu tentang anak derhaka dan doa seorang ibu. Sedih betul aku dengar kisah benar yg diceritakan oleh Ustazah Bahyah tadi. Dlm dunia moden ni makin ramai anak2 yg derhaka kepada ibu bapanya walaupun ibu bapanya dah memberi didikan dan pelajaran untuk anak2nya hingga jd ahli profesional. Aku harap aku tidak tergolong dlm golongan anak yg derhaka. Tak bau syurgalah jawabnya.

Rasulullah bersabda
" Apabila seorang anak memandang wajah orang tuanya dengan penuh kasih sayang, Allah memberikan ganjaran kepadanya sama seperti ganjaran orang yang beribadah haji mabrur."

Kesan buruk derhaka kepada ibubapa
1.Amal kebajikan jadi sia-sia.
2.Cepat azab dan malapetaka di dunia
3.Hilang cahaya kesolehanan
4.memendekkan umur
5.Meninggal dunia dalam su'ul khatimah (penyudah yg buruk)
6.Terhalang masuk syurga
7.Mendapat kutukan Allah
8.Allah menjauhi kita pada hari kiamat
9.Awal masuk neraka
10.Anak2 mereka jadi anak yg derhaka.

Jalan keluar bagi anak yg derhaka kepada ibu bapa selepas mereka meninggal dunia.
1. Selalu mendoakan kebaikkan untuk mereka dan mohon Allah ampun dosa-dosa mereka.
2.Lunas hutang orang tua sekiranya ada yang belum dibayar
3.Menunaikan nazar apabila ada nazar mereka yang belum sempat terlaksana
4.Menjaga kehormatan dan memenuhi sumpah yang pernah mereka ucapkan sewaktu mereka masih hidup.
5.Melakukan segala kebaikkan (semua ketaatan dan kepatuhan kepada orang tua). Semoga Allah memaafkan segala dosa dan kesalahan kita kepada orang tua.

Hadis laporan Baihaqi
"Sesiapa yang menziarahi kubur ibubapanya pada setiap hari Jumaat, Allah mengampunkan dosanya dan mencatatkannya sebagai anak yang berbakti"

10 hak orang tua yang wajib dipenuhi (petikan dari kitab Dorrotun Nasihin)
1.Memenuhi keperluan makannya.
2.Melayani semua keperluannya
3.Menjawab panggilannya
4.Mentaati semua perintahnya selagi perintah itu bukan perkara maksiat
5.Berkata-kata dengan lemah lembut dan tidak memarahinya.
6.Memberikan pakaian secukupnya
7.Berjalan dibelakangnya
8.Berusaha supaya orang tua sentiasa redha kepadanya
9.Tidak menyukai apa yang orang tua tidak suka
10.Berdoa dan memohonkan keampunan untuk ibu bapa dan diri sendiri.

7 amal yang mengalir pahala untuk orang yang sudah meninggal di alam kubur (Hadis al-Bazar)
1. Mengajar ilmu agama
2.membuka aliran sungai atau membuat tali air
3.Mengali perigi
4.Menanam pokok kurma/pokok berbuah
5.Membina masjid
6.Mewariskan Quran
7.Meninggalkan anak soleh yang selalu berdoa memohon keampunan untuknya.

Ya Allah jadikanlah kami anak-anak yang mensyukuri segala nikmat yang engkau berikan dan mensyukuri segala petunjuk dan bimbingan orang tua kami sejak kami lahir hingga dewasa.Ampunkanlah segala dosa kami dan dosa ibu bapa kami. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kami sewaktu kami kecil.Amin.

Saturday, February 06, 2010

Amalan Murah Rezeki

Assalammualaikum w.b.t

Ini adalah beberapa amalan yang aku tahu & amalkan. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kita semua. Insya Allah.

1) Membaca surah Al-Waqiah.

Bacalah surah al-waqiah tiap2 malam. Insya Allah, Allah akan membukakan pintu rezeki untuk kita semua.

"Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran" (Riwayat daripada ibnu Ma'sud : al-Azkar, al Jami al Soghir)

2) Membaca ayat 19 Surah Asy Syuura

Bacalah ayat ini selepas solat subuh sebyk 129 kali.
Pengalaman saya. Mula2 sekali saya berzikir dgn ayat ini, tanpa disangka dgn izin Allah, datang seorg hamba Allah ini berminat dgn telekung yg saya jualkan. Tak sampai beberapa minit saya membacanya.




3) Solat Dhuha

Istiqamah membuat solat sunat Dhuha setiap pagi.
Saya suka sekali menghayati makna doa selepas solat dhuha. Syahdu rasanya hati.Cubalah fahami agar ianya meresap didalam hati dan menunjukkan kebergantungan kita pada Allah Taala.


4) Membaca ayat seribu dinar.

Amalkan membaca ayat seribu dinar sebyk 3kali setiap kali selepas solat 5 waktu.



5) Perbanyakkan berzikir dengan menyebut Ya-Razak dan beristifar sebyk 100x sehari

kalau susah sgt nak buat, masa drive nak pergi kerja tu, zikirlah daripada menyanyi sambil dengar radio. Ada jugak manfaatnya. Dahlah dpt pahala, dimurah pulak rezeki.

6) Sedekahkan al-fatihah
Selepas solat 5 waktu kepada kedua ibu bapa kita. Insya Allah rezeki kita tidak akan putus. Tak kira ibubapa kita masih hidup atau sudah tiada.

Sabda Nabi s.a.w " Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah SWT) daripadanya (Riwayat al-hakim dan ad-dailami)

7) Membaca doa Nabi Yunus sebyk 3kali

Sabda nabi SAW " Doa saudaraku Yunus amat menakjubkan, permulaannya tahlil, pertengahannya tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa. sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan, ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu hari, lalu dibacanya sebanyak 3 kali, nescaya dimakbulkan untuknya"



8) Amalkan membaca doa selawat Tafrijiyyah atau Kamilah
Sebanyak 11x tiap kali selepas solat 5 waktu (ayatnya sila tengok previous post).

9) Amalkan membaca selawat nabi sebanyak 100kali setiap hari.

10)Berpuasa pada hari isnin dan khamis.

11) Perbanyakkan sedekah.

Sedekah tidak semestinya berupa wang ringgit, membantu menenang hati org yang susah juga sedekah, nasihat juga sedekah, senyum pun sedekah, berkongsi ilmu pun sedekah. Sedekah yang afdal adalah sedekah kepada saudara yang terdekat terutama ibubapa kita dan saudara mara kita.

12) Keluarkan zakat.

Keluarkan zakat kalau dah cukup nisabnya.Zakat itu penyubur rezeki. Terutamanya zakat pendapatan. Bukan byk mana pun. Allah akan bg balik rezeki tu kepada kita. Kerana rezeki yang kita dapat tu sebenarnya ada bahagian untuk org2 yg susah.

13. Menjalin silaturahim.

kalau ada kawan2 dan saudara mara yg sakit tu, pergilah melawat. Jenguklah saudara mara kita dan hubungilah ibubapa selalu.

14.Mendoakan rezeki untuk org lain.

Akhir sekali yang selalu sy amalkan tiap kali selepas solat ialah mendoakan rezeki untuk ibubapa saya, keluarga saya, orang yang sdg sy sayang dan pernah sy syg, rakan2 saya dan semua umat islam kerana saya pernah terbaca dalam satu artikel, jika kita mendoakan kebaikan untuk orang lain termasukkan mendoakan rezeki untuk org lain, malaikat akan mendoakan kembali untuk kita agar diberi kebaikan dan rezeki. Bayangkan malaikat yang mendoakan utk kita..ingat doa malaikat terus sampai kepada Allah.Jadi jangan kedekut utk mendoakan org lain.

Istiqamahlah mengamalkanya. Alhamdulilah rezeki saya setakat ini tidak pernah putus. Rasanya tak ada lagi sampai tahap sy meminjam wang dari rakan2 untuk makan seharian. Walaupun kadang2 tu duit ada RM10 dlm poket untuk 1 minggu terakhir sebelum gaji, tapi duit tu boleh cukup. Perlu diingat jugak, rezeki tu tidak semestinya wang ringgit. Kebahagiaan, anak2 yg soleh/solehah,anak2 yg pintar, kesihatan,jodoh, kawan2 yg ramai dan ketenangan juga dinamakan rezeki. Jangan sempitkan fikiran kita tentang makna rezeki itu sendiri. Kalau kita mendapat rezeki, ucapkanlah rasa syukur kepada yang maha pemberi dgn menyebut Alhamdulilah. Yang paling penting sekali, usaha kena ada, jangan hanya berdoa tapi tak ada usaha, tunggu rezeki datang bergolek. Last sekali, selalulah ingat pada Allah, yakin sebetul2nya yang rezeki itu hanya Allah sahaja yang dapat memberinya. Mengadulah padaNya dengan sesungguh hati, minta saja apa yang kita mahukan. kalau perlu menangislah. Allah suka pd hambanya yang berdoa dan meminta2 dariNya. Akhir sekali, bertawakallah kepada Allah.

Semoga apa yang sy kongsikan ini dapat menjadi manfaat pada semua.

Salam.
erranis.blogspot.com


Tuesday, February 02, 2010

Buat Insan yang Berdendam dgnku

Assalammualaikum w.b.t

Aku tahu dendam kesumatmu padaku masih ada. Jika aku bersalah maafkanlah aku,aku tidak pernah berniat utk menyakiti hatimu. Aku hanya inginkan yang terbaik buatmu dan masa depanmu tapi sampai hati kau menyiksa aku sebegini teruk. Tolonglah hentikanlah semuanya. Aku hanya mampu berdoa moga Allah membuka pintu hati mu untuk bertaubat. Hentikanlah permainan kotor ini. Badan aku ini tak tertanggung sakitnya. Aku hanya mampu mendoakan kau insaf sebelum Allah menjemputmu. Bertaubatlah. Hidup kita didunia ini hanya sementara, yang kekal di akhirat sana. Aku tidak akan berdendam dan membalas balik perbuatanmu.Aku redha. Segala kesakitan yang aku alami,dengan taktik halusmu ini, biarlah Allah membalasnya. Aku anggap kesakitan ini adalah penghapus segala dosaku. Aku hanya ingin hidup dibumi Tuhan ini untuk mengumpul sebanyak2 pahala bagi bekalan aku di akhirat kelak. Aku rayu sangat2, kau tidak akan dapat apa2 faedah pun dengan menganiaya aku. Apa yang kau dapat?, lagi menambah dosa adalah. Insaflah sebelum terlambat. Aku rayu dan aku mohon sangat2.


Ilahi,
andai ini ujian penghapus dosaku
tabahkan hatiku menerimanya

Ilahi,
andai ujian ini jadi penyuci jiwa kotorku
redhakan ku menerimanya

Ilahi,
andai sakit ini bisa mendekatkan kepadaMU walau sejengkal
teguhkan imanku menerimanya

Ilahi,
andainya segala yang berlaku ini adalah semata kerana kasihMU
sudilah kiranya Kau menerima taubatku ini

kerana ku terlalu takut akan azabMU
sedangkan ku tak layak ke syurgaMU

Ilahi,
kudambakan cinta Ilahi
redhaNya kujejaki

Wednesday, January 27, 2010

Doa Mula Kerja dan Akhir Kerja

Jadikanlah doa ini sebagai satu doa agar kerja kita dipermudahkan dan mendapat keberkatan Ilahi. Kekadang kita ini lalai dalam melakukan pekerjaan.

Saturday, January 23, 2010

Selawat Tafrijiyyah atau Selawat Kamilah



Selawat Tafrijiyyah ini telah diberikan oleh Ustaz Nazri tahun lepas dan selawat ini juga telah diajar oleh Ustaz Rizqon Saleh ketika aku menunaikan Umrah pada Jun 2009.Ramai yang mempertikaikan kegunaan selawat ini, untuk keterangan lanjut silalah pergi ke website darul syifa untuk mendapat penjelasan tentang amalan selawat ini daripada Ustaz Harun Din. Alhamdulilah, aku telah mengamalkan selawat ini tiap kali selesai solat 5 waktu.

Antara kebaikan pengamal selawat ini :-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya, dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
3.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

Diantara kebaikkan yang lain ialah :-

1.Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.
2.Kata Iman al-Dainuri, " sesiapa yang kekal membaca selawat ini selepas setiap solat fardhu sebanyak 11 kali, rezekinya tidak akan putus serta meraih suatu kedudukan yang baik dan tinggi".
3. Sesiapa yang kekal mengamalkan selawat ini selepas setiap kali solat subuh sebanyak 41 kali, Allah akan menyampaikan segala hajat dan cita-citanya.
4. Sesiapa yang sanggup mengamalkan sebanyak 100 kali setiap hari, akan mendapat apa yang diinginkan serta meraih semua daripada apa yang dia hajati dan kehendaki.
5. Sesiapa yang mengamalkan selawat ini sebanyak 313 kali (bil para rasul) setiap hari, akan terbuka Asrar 9Rahsia). sesungguhnya dia akan dapat melihat segala sesuatu yang dikehendakinya.
6. Sesiapa yang mengamalkan selawat ini dengan kekal sebanyak 1000 kali setiap hari, maka dia akan memperolehi segala apa yang dihajatkan jugak mendapat sesuatu yang belum pernah dia terfikir sebelum ini.

Ayat penyembuh segala penyakit atau Bismillah 5



Ayat ini boleh diamalkan ketika hendak memakan ubat. Selawat ke atas Nabi Muhamad S.A.W dan bacalah ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Kegunaan ayat ini juga untuk ubat segala penyakit bisa didalam badan, bisa2 tulang dan penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Caranya :-

Hembuskan di air dan di tempat yang sakit. Lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.

Wasalam.

Ayat Ruqyah & Kegunaannya.

Assalammualaikum w.b.t.

Disini saya nyatakan berberapa ayat Ruqyah yang pernah disebut didalam tulisan saya sebelum ini. Sebenarnya saya telah mengamalkannya. Permulaannya saya berasa sakit kepala, sakit tengkuk, menguap sepanjang bacaan dan sedawa hingga pening2 kepala tapi Alhamdulilah, tiada perkara yang teruk berlaku terhadap saya. Ada ketika saya khusyuk mendengar ayat2 ini melalui mp3, makin lama saya rasa makin mengantuk hingga akhirnya saya tertidur. Memang mengantuk yang teramat sangat. Sepatutnya ketika rasa mengantuk tu datang, kita digalakkan menahannya kerana syaitan/jin yang berada di dlm badan kita tidak tahan dengan ayat2 tersebut. Tapi saya manusia biasa, memang tak mampu nak menahannya. Sekarang saya telah sembuh, apabila saya mendengarnya, tiada lagi rasa2 yang pernah sy alami seblm ini. Bila dengar mp3 ni rasa biasa2 je. Syukur kehadrah Allah. Apapun yang berlaku terhdp saya sebelum ini, saya percaya ada hikmah yang tersembuyi. Rasa makin dekat dengan Allah dan saya juga berjaya menjejakkan kaki ke Mekah. Jika saya tidak diuji dengan dugaan begini, rasa-rasanya belum tentu saya akan smpi ke Mekah untuk berdoakan agar Allah memberikan kesembuhan pada penyakit dan gangguan yang saya alami. Dugaan ini jugak membuatkan saya banyak membuat research tentang kelebihan dan kegunaan ayat2 Quran untuk kehidupan didunia & akhirat. Semua itu hikmah yang terlalu besar buat saya. Dengan ilmu yang sedikit ini, saya akan cuba berkongsi disini. Insya Allah.

Surah-surah dalam MP3 RUQYAH ini adalah :-

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

Perhatikan setelah selesai :

1)denyutan jantung makin kencang
2)badan begegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk

RUQYAH MP3/CD ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir 'THO HA' (surah taha ayt 1). Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa.Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar.InsyaAllah..

Dengan mendengar MP3/CD ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-

-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan

CARA MENGGUNAKAN CD/MP3 RUQYAH SYARIAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua. Sama2lah kita amalkan jika anda rasa ianya berguna untuk kita. Saya sekadar memanjangkan ilmu yang diperolehi moga dapat membantu saudara/saudari yang bermasalah diluar sana. Ilmu ini pun saya dapat melalui internet dan saya kongsikan disini sebagai peringatan untuk saya, jika saya terlupa.Kekadang kita tidak sedar yang sebenarnya kita menghadapi masalah2 seperti di atas kerana Syaitan sering berbisik agar kita tidak mengamalkannya kerana dia takut kita makin dekat dengan Allah. Belum cuba belum tahu, cubalah perdengarkan ayat tersebut seperti yang disarankan di atas, jika ada gangguan pasti saudara/saudari akan mengalami perubahan. Akhir kata, Moga Allah memberi kesembuhan pada saudara/ri yang sedang menghadapi masalah2 seperti yang ditulis di atas. Wasalam.

Thursday, January 14, 2010

Masalah gangguan jin

Semalam member rumah aku sms, mak dia dah tak boleh tido siang dan malam dah hampir seminggu dan nampak blur sangat. Dia dah cuba panggil ustaz, ustaz dah datang 2 kali, katanya ada gangguan jin. Dah 2 kali ustaz datang mengaji & cuba mengubat tapi sehingga semlm masih tiada perubahan. Korang bayangkanlah klu dah seminggu lebih tak boleh tido, macamana keadaannya. Aku tak dapat tido satu hari pun dah blur sedunia rasanya. Kesian mendengar kisah emaknya. Apa pun aku doakan emak nya kembali sembuh.

Di bawah ni ada beberapa cara dan amalan yang boleh diusahakan untuk mengatasi masalah gangguan ni. Cubalah dgn istiqamah, mudah-mudahan dgn izin Allah, anda semua mendapat kesembuhan. Info ni pun aku dapat dari internet, tak ingat dekat website mana.

Disamping itu, banyak2kan istifar sekurang2nya 100x dan selawat keatas Nabi Muhamad S.A.W. Waktu petang bacalah Surah AD Dukhan dan Al Jin. Waktu pagi amalkan membaca surah Yassin dan As Soffat. Bagi yang telah sembuh, anda amat digalakkan mengamal surah2 dan zikir ni berterusan. Disamping kita memohon agar disembuhkan kita juga mendapat pahala atas bacaan tersebut.

Cara bagaimana mengatasi masalah gangguan JIN ni :-

1)Bacalah RUKYAH SYARIAH sampai habis. Ayat Rukyah ni anda boleh cari dlm internet. kalau tak jumpa jugak email aje pada aku, Insya Allah aku akan forwardkan mp3 bacaan tersebut kepada anda semua.

2)Selawat 3 kali
Niat 3 kali (contoh niat: YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM TURUNKANLAH RAHMAT MU KEPADA HAMBA MU YANG HINA INI YA ALLAH DGN BACAAN AYAT AYAT ALQURAN MU YA ALLAH JAUHKANLAH GANGGUAN JIN DAN SYAITAN DARI MENGANGGU DIRI KU DAN KELUARGA KU PALINGKAN MEREKA DARI HAMBA MU INI YA ALLAH HANYA KEPADA ENGKAU LAH AKU BERMOHON SESUNGGUHNYA ENGKAULAH TUHAN YANG MENGABULKAN SEGALA DOA DOA HAMBA MU INI")
Selawat 3 Kali

3)Dan selepas itu dibacakan ayat ini yakni Yassin ayat 45. Dibaca 7 kali (dari WA IZA SAMPAI TURHAMUN)....

Yang bermaksud ;

[45] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Takutlah kamu akan siksa yang di hadapanmu dan siksa yang akan datang supaya kamu mendapat rahmat", (niscaya mereka berpaling).

Sunday, January 10, 2010

Product terbaru : Daging Salai Berempah.

Nakkan makanan yang halal?
Dapatkan product terbaru dari pasaran. Daging Salai buatan orang melayu.
Harga 1 kotak : RM18
10 kotak dapatkan dengan harga RM16 sekotak
Berat : 100gm
Penghantaran melalui pos akan dikenakan charge pos.
Bagi yang ingin menjadi pengedar, boleh juga menghubungi saya.
Email saya : erranis@gmail.com sekiranya berminat.

Rasanya manis & berempah. Boleh dimakan begitu sahaja sebagai snek atau boleh dimakan bersama nasi. Boleh dijadikan sebagai hamper dan juga hantaran perkahwinan.











Friday, January 08, 2010

Rahsia Solat Awal Waktu

Ini email yang diforwardkan oleh kawan aku...lepas baca ni baru aku tahu rupanya setiap waktu tu ada hikmah disebaliknya. Itu sebab kepada kita disaran agar segera menunaikan solat di awal waktu. Banyak sungguh hikmah yang Allah beri kepada kita umat manusia..itu pun kita masih tidak mau bersyukur & lalai menunaikan solat. Setiap apa yang di jadikan utk kita semua, semuanya amat berguna utk kita, tujuannya supaya kita sentiasa dekat kepadaNya dan bersyukur dgn sujud kepadanya. Tengoklah betapa sayangnya Allah kat kita semua. Subhanallah...

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistemmetabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor... Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi
kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu.). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan)berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur
delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam inidan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Tuesday, January 05, 2010

Alfatihah untuk ibubapa sebagai pembuka rezeki

Ini adalah email yang diforwardkan kepada saya. Sy masukkan kedlm blog ini sebagai peringatan untuk saya dan sesiapa yang membacanya. kekdg rezeki kita adakalanya susah sgt nak masuk, mungkin salah satu sebabnya kita tidak ingat kepada kedua ibubapa kita.Kalau pun kita tak dapat balik ke kampung menjenguk mereka selalu, selalu2lah sedekahkan Al fatihah buat mereka. Bukan susah sgt pun..dan doalah moga mereka sihat dan panjang umur. Doa anak2 tu tanda kita mengingati mereka. Moga tenang hati mereka tiap kali merindu kita anak2 ni.

Dato ’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada ) ” .......... Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan DOA kepada kedua orang tua nya dalam sehari ”

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan DOA kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun Ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan Dan bayangkan wajah kedua orang tua Kita , termasuk guru2 Kita Dan mereka yang banyak menolong Kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu Ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa Kita setiap Hari
- Rezeki bukan sahaja berupa Wang ringgit, tetapi segala nikmat yang Kita dapat dari Allah (e.g. Makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
Berusaha Dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana Ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari Kita Cuba … .Allahhuakhbar. ..

Sunday, January 03, 2010

Istimewanya wanita

Selamat Tahun Baru 2010. Sekejap aje dah masuk tahun baru. Apa agaknya azam kita tahun ini ye. Aku thn ni tak de pun list2 azam yang aku buat, tapi secara umumya aku ini menjadi seorang wanita yang lebih baik dari tahun2 sudah dan lebih mendekatkan diri kepada Allah Taala. Ini kerana tahun berganti tahun, usia kita semakin menginjak ke usia tua, kekdg terfikir sudah cukupkah amalan kita untuk bertemu dengan Yang Maha Esa. Ujian demi ujian dlm hidup, mampukah kita menghadapinya tapi kita ini dibekalkan hati dan fikiran oleh Allah untuk memikirkan mana yang betul mana yang baik, maka gunakanlah kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dgn sebaik-baiknya dan kita sepatutnya bersyukur kerana Allah memberikan kita kelebihan2 yang sgt istimewa sebagai seorg wanita. Mudah sgt utk kita memperolehi pahala. Aku jumpa artikel ni dalam blog http://bersamasuzana.blogspot.com. Aku pastekan diblog aku ni sebagai peringatan diwaktu2 aku lupa. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua yang membaca.


Renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya dan bertuahnya menjadi wanita.

Bagi kaum lelaki, hormatilah kaum wanita yang bergelar ibu dan isteri.

Berikut adalah himpunan hadis-hadis yang berkenaan:

- Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

- Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

- Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

- Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

- Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

- Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

- Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

- Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

- Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

- Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

- Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

- Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

- Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

- Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

- Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

- Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

- Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

- Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

- Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

- Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

- Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

- Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

- Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

- Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

- Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

- Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

- Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

- Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

- Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

- Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

- Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

- "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

- "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

- "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

- "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

- "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

- Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

- Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

- Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

- Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

- Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

- Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

- Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

-------------------------------------------------------------

Template by:
Free Blog Templates