Saturday, February 06, 2010

Amalan Murah Rezeki

Assalammualaikum w.b.t

Ini adalah beberapa amalan yang aku tahu & amalkan. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kita semua. Insya Allah.

1) Membaca surah Al-Waqiah.

Bacalah surah al-waqiah tiap2 malam. Insya Allah, Allah akan membukakan pintu rezeki untuk kita semua.

"Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran" (Riwayat daripada ibnu Ma'sud : al-Azkar, al Jami al Soghir)

2) Membaca ayat 19 Surah Asy Syuura

Bacalah ayat ini selepas solat subuh sebyk 129 kali.
Pengalaman saya. Mula2 sekali saya berzikir dgn ayat ini, tanpa disangka dgn izin Allah, datang seorg hamba Allah ini berminat dgn telekung yg saya jualkan. Tak sampai beberapa minit saya membacanya.




3) Solat Dhuha

Istiqamah membuat solat sunat Dhuha setiap pagi.
Saya suka sekali menghayati makna doa selepas solat dhuha. Syahdu rasanya hati.Cubalah fahami agar ianya meresap didalam hati dan menunjukkan kebergantungan kita pada Allah Taala.


4) Membaca ayat seribu dinar.

Amalkan membaca ayat seribu dinar sebyk 3kali setiap kali selepas solat 5 waktu.



5) Perbanyakkan berzikir dengan menyebut Ya-Razak dan beristifar sebyk 100x sehari

kalau susah sgt nak buat, masa drive nak pergi kerja tu, zikirlah daripada menyanyi sambil dengar radio. Ada jugak manfaatnya. Dahlah dpt pahala, dimurah pulak rezeki.

6) Sedekahkan al-fatihah
Selepas solat 5 waktu kepada kedua ibu bapa kita. Insya Allah rezeki kita tidak akan putus. Tak kira ibubapa kita masih hidup atau sudah tiada.

Sabda Nabi s.a.w " Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah SWT) daripadanya (Riwayat al-hakim dan ad-dailami)

7) Membaca doa Nabi Yunus sebyk 3kali

Sabda nabi SAW " Doa saudaraku Yunus amat menakjubkan, permulaannya tahlil, pertengahannya tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa. sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan, ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu hari, lalu dibacanya sebanyak 3 kali, nescaya dimakbulkan untuknya"



8) Amalkan membaca doa selawat Tafrijiyyah atau Kamilah
Sebanyak 11x tiap kali selepas solat 5 waktu (ayatnya sila tengok previous post).

9) Amalkan membaca selawat nabi sebanyak 100kali setiap hari.

10)Berpuasa pada hari isnin dan khamis.

11) Perbanyakkan sedekah.

Sedekah tidak semestinya berupa wang ringgit, membantu menenang hati org yang susah juga sedekah, nasihat juga sedekah, senyum pun sedekah, berkongsi ilmu pun sedekah. Sedekah yang afdal adalah sedekah kepada saudara yang terdekat terutama ibubapa kita dan saudara mara kita.

12) Keluarkan zakat.

Keluarkan zakat kalau dah cukup nisabnya.Zakat itu penyubur rezeki. Terutamanya zakat pendapatan. Bukan byk mana pun. Allah akan bg balik rezeki tu kepada kita. Kerana rezeki yang kita dapat tu sebenarnya ada bahagian untuk org2 yg susah.

13. Menjalin silaturahim.

kalau ada kawan2 dan saudara mara yg sakit tu, pergilah melawat. Jenguklah saudara mara kita dan hubungilah ibubapa selalu.

14.Mendoakan rezeki untuk org lain.

Akhir sekali yang selalu sy amalkan tiap kali selepas solat ialah mendoakan rezeki untuk ibubapa saya, keluarga saya, orang yang sdg sy sayang dan pernah sy syg, rakan2 saya dan semua umat islam kerana saya pernah terbaca dalam satu artikel, jika kita mendoakan kebaikan untuk orang lain termasukkan mendoakan rezeki untuk org lain, malaikat akan mendoakan kembali untuk kita agar diberi kebaikan dan rezeki. Bayangkan malaikat yang mendoakan utk kita..ingat doa malaikat terus sampai kepada Allah.Jadi jangan kedekut utk mendoakan org lain.

Istiqamahlah mengamalkanya. Alhamdulilah rezeki saya setakat ini tidak pernah putus. Rasanya tak ada lagi sampai tahap sy meminjam wang dari rakan2 untuk makan seharian. Walaupun kadang2 tu duit ada RM10 dlm poket untuk 1 minggu terakhir sebelum gaji, tapi duit tu boleh cukup. Perlu diingat jugak, rezeki tu tidak semestinya wang ringgit. Kebahagiaan, anak2 yg soleh/solehah,anak2 yg pintar, kesihatan,jodoh, kawan2 yg ramai dan ketenangan juga dinamakan rezeki. Jangan sempitkan fikiran kita tentang makna rezeki itu sendiri. Kalau kita mendapat rezeki, ucapkanlah rasa syukur kepada yang maha pemberi dgn menyebut Alhamdulilah. Yang paling penting sekali, usaha kena ada, jangan hanya berdoa tapi tak ada usaha, tunggu rezeki datang bergolek. Last sekali, selalulah ingat pada Allah, yakin sebetul2nya yang rezeki itu hanya Allah sahaja yang dapat memberinya. Mengadulah padaNya dengan sesungguh hati, minta saja apa yang kita mahukan. kalau perlu menangislah. Allah suka pd hambanya yang berdoa dan meminta2 dariNya. Akhir sekali, bertawakallah kepada Allah.

Semoga apa yang sy kongsikan ini dapat menjadi manfaat pada semua.

Salam.
erranis.blogspot.com


0 comments:

Template by:
Free Blog Templates