Email dari Puan Lina. Terkesan saya membacanya. Elok saya sharekan disini.
Assalamualaikum erranis,
Emel kali ini terbit dari rasa ingin
mengingatkan diri saya sendiri sebenarnya. Tetapi bila difikirkan.. saya
rasa bagus juga jika saya kongsikan kepada erranis tentangnya. Sesiapa
yang datang samada bertamu, bertemu dan berukhuwah dalam hidup kita
telah dirancang Allah dan ada sebab dan tujuannya. Samada di alam maya
seperti saya dan erranis atau di alam nyata kemudian hari. Ingatan ini
kuat setelah apa yang berlaku semalam.
Ceritanya begini.. satu hari saya ke pasar malam dan singgah di gerai menjual kaset dan buku2 agama. Saya terlihat sebuah buku yang
rasanya agak lama sudah berada di pasaran yang bertajuk "Mari Sembahyang
untuk Perempuan". Saya masih ingat buku ini adalah buku yang ibu saya
berikan kepada saya pada waktu saya disekolah rendah untuk saya
menghafal bacaan dalam solat. Melihat buku yang lama ini, saya ingin
memilikinya untuk dibuat kenangan. Saya beli dan pada keesokkan harinya
ada tetamu datang dan tetamu saya terlihat akan buku tersebut yang saya
letakkan diatas meja. Dibeleknya dan sambil membelek saya bercerita
tentang kisah saya belajar solat dari buku itu semasa saya kecil dulu.
Dia berkata buku tersebut menarik dan ingin meminjamnya untuk
ditunjukkan kepada seseorang. Tanpa syak apa-apa, saya berkata...
ambillah buat kenangan kerana saya pun tak tahu kenapa saya membelinya
semalam. Saya dan anak-anak telah lama bersolat bersama tanpa buku ini
pun.
5 bulan sudah berlalu setelah kejadian itu
dan saya tiada khabar berita darinya. Hari semalam, dia datang ke rumah
saya. Dia mengusik saya... Alhamdulillah saya punya anak yang hafal al
Quran kerana mereka boleh jadi penyelamat saya di akhirat nanti. Saya
berkata, sesiapa pun tidak boleh bergantung kepada orang lain walaupun
anak sendiri bila ia berkaitan dengan hari akhirat. Tiada siapa sanggup
menunggu didalam api neraka yang keras seksaannya dan hitam warnanya
sementara menunggu diri diselamatkan oleh manusia harapan mereka. Kita
tidak akan sanggup berdepan dengan siksa itu walau dicelup hanya untuk
sesaaat cuma. Bukan kata disana, malah seksaan sebelum itu juga kita
tidak dapat menyanggupinya iaitu siksa kubur dan Yaumul Mahsyar. Maka
saya kata, eloklah jangan berharap dengan orang lain walau anak sendiri
samada didunia atau diakhirat nanti. Buatlah bekalan kita sendiri
walaupun kita ada 10 anak yang hafiz hafizah belaka. Jangan jadi ibubapa
yang ' Nak bersibuk dan bermewah di dunia dan Nak juga jaminan akhirat'
dengan menghantar anak mereka ke pusat tahfiz kemudian lepas tangan.
Saya pernah berbicara dengan pengusaha tahfiz yang berkata anak-anak
dari kumpulan ini susah untuk menghafal dan lain karektor mereka dari
anak-anak yang ibubapa mereka ikhlas ingin dunia dan akhirat untuk diri
mereka sendiri dan keluarga mereka. Anak-anak kumpulan ini akan sukar
menghafal kerana mungkin faktor bila balik ke rumah, mereka melihat
ibubapa yang sangat kontra dengan kehidupan di pusat tahfiz mereka.
Masih berhiburan, leka dan lalai dalam menjalankan perintah Allah dan
sebagainya. Maka mereka akan terfikir seperti mereka itu dipaksa atau
tidak dimahukan dirumah sehingga mereka dicampakkan di pusat tahfiz.
Saya sambung lagi, ramai orang Islam
yang Islam mereka hanya pada Kad Pengenalan. Mereka percaya pada
kematian tetapi lalai. Mereka tidak memperdulikan rukun Islam dan rukun
Iman dalam kehidupan. Seolah mereka akan membawa IC mereka untuk
ditunjukan kepada Munkar dan Nakir didalam kubur apabila mereka mati
nanti.
Tiba-tiba tamu saya itu merah berair
matanya sambil berkata,"Saya ingin berterus terang yang selama ini saya
tidak pernah solat sehinggalah puan hadiahkan buku solat tempoh hari.
Saya lihat buku itu memahami diri saya yang tidak tahu membaca ayat
dalam huruf hijaiyah kerana bacaannya ada sekali dalam rumi. Saya
menghafalnya dari buku itu dan kemudian saya cuba solat ikut buku tu.
Itulah solat pertama dalam hidup saya!!. Saya solat dan menangis
sepuas-puasnya. Saya rasa sangat berdosa kepada Allah. Kini hidup saya
sudah berbeza.. Dulu saya ramai kawan tetapi saya tetap rasa kosong.
Kini saya menjauhkan diri dari kawan tetapi hidup saya seperti disayangi
dan sangat tenteram.
Lidah saya kelu tidak tahu apa perlu
saya katakan. Allah telah memberi beliau hidayah kepadanya. Hidayah itu
adalah melalui saya. Terasa saya dipilih olehNya dan saya hampir
sia-siakannya pada 5 bulan lepas waktu dia hadir itu. Allah telah
gerakkan hati saya untuk membeli buku yang berharga RM10.00 yang tidak
saya perlukan itu dan sebenarnya buku itu ditakdirkan untuk dia.
Saya jadi takut bila memikirkan jikalah
saya tidak mahu berbual panjang dengan dia kerana jika diingatkan
kembali kebetulan pada waktu itu memang saya sedang mahu melakukan
perkara lain dan terfikir untuk memendekkan pertemuan, tentulah saya
jadi orang yang menyesal. Allah telah datangkan dia untuk saya sampaikan
ayatNya tetapi saya tidak endahkannya. Maka akan dipertanggungjawabkan,
disoal kenapa??? diakhirat nanti.
Mari kita ingat mengingatkan..
Berkatalah yang bermanfaat untuk agamaNya supaya kita tidak disoal
tentang timbangan amal orang yang menyesal diakhirat nanti. Setiap kali
kita ditemukan dengan makhluk Allah yang lain, sebenarnya kita diberi pilihan untuk berbuat DOSA dengannya atau mendapat PAHALA melaluinya. Raikanlah pertemuan itu dengan melihat peluang menambah saham akhirat.
Jika kita lihat dari luaran, memang kita
tidak akan tahu siapa yang jahil dan siapa yang bagus pengetahuan
agamanya. Ada yang luaran pakaiannya nampak kejahilannya tetapi bagus
pengetahuan agamanya cuma tersimpang seketika. Kita doakan semoga mereka
ini kembali ke jalan yang lurus semula. Ada yang nampak luaran seperti
beragama dari segi luarannya tetapi sebenarnya mereka sendiri teraba-raba
apa itu Rukun Islam dan Rukun Iman. Maka Allah temukan mereka dengan
kita untuk kita sampaikan ayatNya kerana Allah mahu hidayah untuk mereka
itu datang dari kita dan bukannya orang lain. Hidayah Allah itu
dikirimkan kepada kita untuk disampaikan kepada orang yang akan
ditemukan olehNya dalam hidup kita. Rasakanlah dalam diri dengan
pertemuan emel saya ini bahawa setiap dari kita adalah dipilih oleh
Allah untuk pertemuan dengan makhlukNya yang lain untuk menyampaikan
agamaNya. Dan semoga ingatan ini memberi saya limpahan pahala, dan
ampunan dosa kelalaian saya dalam menyampaikan ayatNya.
Ikhlas dari,
Lina Karim.
Wednesday, June 05, 2013
Thursday, March 28, 2013
Masalah Jantung
Salam...
Jika ada dikalangan kita ada masalah jantung.
Bacalah surah al-israq yat 40-55.
Kaedahnya : dibaca hari2
Jika ada dikalangan kita ada masalah jantung.
Bacalah surah al-israq yat 40-55.
Kaedahnya : dibaca hari2
Wednesday, March 13, 2013
Bantulah Insan Yang Sedang Duji Ini...
Salam semua...
Email yang dipanjangkan oleh kawan opis...
Terasa sebak membaca luahan hati & penderitaan Puan Haryani...marilah kita sama2 membantu beliau....Boleh kunjungi blog beliau di sini
Beliau betul2 memerlukan bantuan dari kita semua...
Haryani Mat Hussin adalah ibu tunggal yang mengidap penyakit saraf yang telah di ceraikan oleh suami beliau. Dan keadaan beliau sekarang telah mampu berjalan tapi tidak begitu kuat untuk masa yang lama. Beliau masih berulang alik ke HUSM untuk rawatan susulan dan tinggal bersama ibu di Kubang kerian, Kelantan. Beliau menyara 2 orang anak lelaki dengan hanya bantuan JKM RM400 sebulan tanpa ada pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan beliau. Oleh itu untuk jangka pendek ini marilah kita sama-sama membantu beliau, semoaga dapat meringan bebanan beliau dan moga boleh jadikan modal untuk beliau berniaga.
Atau ada sahabat-sahabat di SIM ini dapat memberi bantuan nasihat dan untuk keterangan lanjut boleh hubungi beliau di no talipon, email address dan blog beliau seperti di bawah:
Bersama ini kami panjangkan pemasalahan seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan. Bersama ini kami catatkan ringkasan latarbelakang pihak berkenaan:
Nama : Haryani Mat Hussin
Tel no : 012-9218016
Maybank : 164034266923
Status : Ibu Tunggal (Ditinggalkan oleh suami sejak beliau jatuh sakit)
Alamat Tinggal : Kubang Kerian
Alamat blog : http://aliaharyanie.blogspot.com
Tanggugan : 2 orang
Pekerjaan : Tiada
Sumber pendapatan sebulan : RM400 (dari Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Ini email dari beliau pagi tadi kepada saya:
From: Alia Haryanie [mailto:haryanie.alia@yahoo.com]
Sent: Wednesday, 13 March, 2013 11:16 AM
To: Husri
Subject: Re: Salam Puan Haryanie
Assalamualaikum encik,amat2 berharap jika dapat membantu.boleh jenguk blog saya http://aliaharyanie.blogspot.com
kini,saya dah mampu berjalan kembali tapi kaki tidak sekuat dulu,Kesihatan lain masih berulang alik di Husm.Tolong saya dan anak anak kerana Allah.
Saya dah cuba memohon bantuan dari pusat zakat tapi saya tak dapat bantuan kerana saya dah dapat bantuan dari Badan Kebajikan sebanyak rm300 sebulan.Saya diberitahu hanya boleh dapat salah satu sahaja.Saya memang tiada sumber pendapatan yang lain.Saya amat amat berharap jika dapat membantu.No telefon saya 012-9218016,no account maybank 164034266923.Haryani Mat Hussin
Ya Allah kau berikan kesembuhan pada Puan Haryani. Kuat dan tabahkanlah hatinya menghadapi ujian dariMu. Jadikanlah anak2nya anak yg soleh dan sekuat ibunya.Amin...

Labels:
Bantuan
Friday, February 22, 2013
Bolehkah berzakat kepada saudara terdekat yang tidak berkemampuan.
Salam..
Soalan : Boleh kah bayar zakat kepada adik beradik yang tidak berkemampuan.
Jawapan Tanyalah Ustaz : Seeloknya bayarlah zakat kepada saudara yang jauh. Saudara yang dekat ni macam adik beradik ni, seeloknya kita bersedekah kepada mereka bukan berzakat sebab mereka adalah dibawah tanggungan kita.
Macam ayah/ibu nak bayar zakat pada anaknya. Tidak boleh sebab adik tu tanggungannya. Begitu juga anak kepada ibu bapanya.
Sekadar perkongsian.

Thursday, February 21, 2013
Doa supaya anak cepat bercakap
Salam semua...
Untuk anak yang lambat bercakap...amalkan membaca surah Toha ayat 25-28.
Terjemahan
"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku.
Caranya : Bacakan dan hembus pada mulut anak.

Wednesday, January 16, 2013
Doa dan amalan untuk tunaikan segala hajat
Salam semua...
Tak ingat mana saya jumpa amalan ni...dari kertas ni terbuang hilang tah kemana..
baik saya tulis kat blog ni.
1) Duduk menghadap kiblat (dalam keadaan berwuduk)
2) Baca Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah
-Baca berulang-ulang sepanjang2 kita duduk selepas solat Asar hingga masuk waktu Maghrib
3) Dilakukan pada hari jumaat selepas solat asar hingga masuk waktu maghrib
4) Masuk waktu maghrib kala laungan azan "Allahu akbar" yang pertama, terus angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa agar segala hajat dipenuhi
5) Lakukan amalan sebanyak 3 Jumaat berturut2
6) Lakukan dengan khusyuk dan yakin yang Allah akan bantu kita.

Doa utk kuatkan rahim, alahan mengandung dan banyak lagi
Salam semua...
Hari ni saya dok kemas2 handbeg yang setahun tak berkemas, terjumpalah kertas doa ni yang saya salin pada tahun 2011 dulu kalau tidak silap...Masa ni tengok rancangan Tanyalah ustaz di TV9.
Malas nak salin balik, tergoogle blog ni. Maka saya paste ajelah di sini..dan tambah 2 doa lagi yg saya dengar masa rancangan tu..
UTK SEMUA AMALAN DI BAWAH > MULAKAN DULU DGN AL-FATIHAH DAN AYAT KURSI
1) Penyakit 3 serangkai (Darah tinggi, kecing manis dan penyakit jantung)
- Baca Al Fatihah
- Ayat Kursi
- As-Syuara' ayat 80
- Yunus ayat 57
- Al- Hasyru ayat 21
** Dilakukan sebelum tidur, ambil tangan kanan, letak di dada, baca ayat2 tersebut, tarik nafas dan hembus. Ulang sebanyak 3x.
2) Bagi ibu hamil yang mengalami alahan
- An-Nahlu ayat 78
3) Utk kuatkan rahim dari keguguran
- An Nahlu ayat 78 dan -Al Mukminun ayat 11-14
4) Penyakit kulit : Eczema, sopak, kanser, gatal
- Al- Anbiya' ayat 39 5)
5) Senggugut/ Istihadhah/ Tiada haid/ Terlalu byk haid dan segala masalah haid
- ambil madu asli, seperti biasa baca Fatihah dan ayat kursi, then bacakan ayat 69 surah an Nahlu sebyk 21 kali dan diminum madunya.
6) Sakit kepala/ Migraine/ Depression
- Al Waqiah ayat 19 dibaca pada tangan kanan dan diletakkan tgn tersebut pada kepala yang sakit.
7) Supaya syaitan/iblis tidak mengikut kita hingga ke rumah (contohnya waktu pulang dari mana2)
- Baca At-Toriq ayat 4 sblm masuk ke dalam rumah
8) Lewat mendapat jodoh akibat gangguan2
- Ar -Rum ayat 21
9) Penglihatan kabur/ bercermin mata
- Surah Qaff, ayat 22...baca start dgn fakasyafna... baca pada carrot 14x, dan dikunyah carrot mentah tersebut
@Ataupun Membaca selawat syifa, sampai pada ayat "wa nuril absar"...ulang 7x dan sapu pada mata.
@Ataupun, ketika azan berkumandang, ambil 2 ibu jari diletak pada mata sewaktu ayat Waashaduanna muhammadarrasulullah..
10)Untuk buang susuk.
-Basuh dengan air.
-Surah Al-hijah-ayat 34-35
11) Untuk Dinah/bengkak yang tidak ada mata
-Bacakan surah Al-anbiya ayat 69
-Surah Al- Hasyru ayat 21 ayat 21
Disapu pada tempat yang bengkak.
Nak tahu kaedah pengunaanya belilah buku bertajuk Ubat, Doa dan Penyembuhan oleh Ustaz Sharhan Safiee...
Semoga ianya bermanfaat...

Monday, January 14, 2013
Surah At-Taubah
Salam & Selamat Tahun Baru 2013...
Kenapa surah At-Taubah tidak perlu dibaca Bismillah diawal & pertengahan ayat.
Jawapannya berdasarkan Hadis dibawah :-
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika ditanya oleh Ali bin Abi Thalib kenapa tidak dituliskan basmalah diawal surat Taubah? Beliau menjawab, "bismillahirrahmanirrahim" mempunyai makna keamanan dan perdamaian, dan surah At-taubah turun dalam bayang-bayang pedang ketika berlangsungnya perang Tabuk...dimana tidak ada situasi aman pada saat itu...Basmallah itu sendiri menyiratkan makna rahmat kasih sayang, sedangkan surah At-taubah banyak berisi kecaman dan sanggahan terhadap sikap orang-orang munafiq dan orang kafir, maka tidak ada rahmat bagi mereka...
Untuk dikongsi bersama...

Wednesday, December 05, 2012
Doa penyembuh penyakit dalaman
Salam semua...
Doa ini di ambil semasa siaran tanyalah ustaz tv9 oleh ustaz sharhan shafie.
Untuk air dibuat mandi.
-Bacakan pada air surah al-fatihah,ayat qursi dan surah baqarah ayat 21 & 22.
Untuk sembuh penyakit dalaman pula :-
-Pada air mineral, dibaca al-fatihah, ayat qursi, surah al-israq ayat 82 dan surah yunus ayat 57. Air mineral itu diminum.
Friday, November 02, 2012
Ilmu dikutip dari Kuliah Zohor Imam Muda hafiz
Assalammualaikum...
Time ni saya masuk kuliah dia pun dah lewat 20 minit. Jadinya separuh sahaja ilmu yang saya dapat catatkan. Baik saya kongsikan di sini.Ianya juga untuk peringatan saya di masa2 hadapan. Kalau hanya berada di kertas, saya pasti ilmu ini akan terbang melayang bila kertas hilang. Moga sama2 kita dapat manfaatkannya.
Tajuk : Amalan untuk dapat saham/bonus diakhirat nanti..ada 2 sahaja yang dapat sy catatkan.
Sekian wasalam....

- Amalan Jariah
- Sedekah jariah -sedekah dari segi kewangan, idea untuk manfaat orang awam atau sumbangan tenaga dalam membantu orang2 yang susah. Tahan dari melakukan dosa jugak dikira sedekah.
- Sedekah yang Afdal
- Sedekah dalam keadaan sihat
- Sedekah pd waktu kita perlukan duit itu. Menurut hadis nabi, pahalanya 18x ganda lebih afdal dari orang yang memberi sedekah.Contohnya kita memberi pinjam duit kepada sahabat yang betul2 memerlukan ketika itu. Pahalanya berganda sebab pertama, kita memberi pinjam dlaam keaddan kita tidak rela tapi demi kawan, kita terpaksa memberi dan kedua kemungkinan ada risiko tidak dibayar balik.
- Kepada kaum kerabat yang terdekat barulah orang-orang yang diluar (sahabat dan sebagainya). Disini dapat 2 pahala, (1) pahala sedekah (2) pahala menghubungkan silaturahim
- Ilmu yang dimanfaatkan
- Tanda ilmu dimanfaatkan apabila :-
- Dengan ilmu itu kita rasa takut pada Allah
- Ilmu itu menambahkan lagi kualiti ibadat kita
- Ilmu itu menambahkan lagi kefahaman agama kita
- Ilmu itu membentu takwa dalam diri kita
- Anak2 yang soleh
- Banyakan baca Al-Quran-diakhirat nanti Quran akan memberi syafaat pada tuan yang membacanya
- Banyakkan puasa sunat
- Hubungkan silaturahim-banyak buat baik pada sahabat ibubapa kita. Jika sahabat itu memutuskan hubungan, kita sambungkan kembali.besar pahalanya disitu.
- Solat berjamaah dimasjid-boleh memberatkan neraca timbangan kita di akhirat nanti.
- Biasakan berzikir sekurang2nya 5 minit setiap hari secara istiqamah
- Hidupkan sunah Nabi-jangan diamik remeh amalan ini. Contoh amalan sunah nabi adalah makan dengan tangan kanan dan banyak lagi.
- Banyakan salawat pada Nabi Muhamaad s.a.w pada hari Jumaat
- Tanamkan hasrat melawat makam nabi & solat dimasjid nabawi
- Buat baik pada malaikat, malaikat akan beri syfaat diakhirat nanti dgn jauhkan benda2 makruh yang tidak disukai malaikat contoh jauhkan dari simpan patung dirumah,merokok, mkn bend berbau, menyimpan loceng mcm dikuil dan byk lagi
- Bantu para syuhadah -bantu palestin dari segi kewangan
- Anak2 yang mati sebelm baligh-anak ini akan beri syafaat diakhirat nanti.
- Baik dgn alim ulama dan hufaz al-quran
Sekian wasalam....
Tuesday, October 30, 2012
Petua utk ubat anggota badan yang lemah akibat stroke
Salam semua...
Petua ni saya dapat dari kawan yang emaknya mengalami stroke.
Ambil halia bara, blend bersama asam jawa ( cari asam jawa adabi yg tak ada biji tu).
Sapu dianggota badan yang lemah tu.
Cubalah..mudah2an ianya berkesan. Kalau berkesan, sila tinggalkan komen untuk kita kongsikan bersama.

Wednesday, October 24, 2012
Mari kita puasa pada hari Arafah
Kelebihan puasa Hari Arafah
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap
Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang
sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat 26 Oktober 2012, maka hari Arafah jatuh pada hari Khamis 25 Oktober 2012.
Semoga kita sama2 mengambil peluang besar ini dan dikurniakan ganjarannya dari Allah s.w.t. Amin...
Wednesday, October 03, 2012
BERSANGKA BAIK DEMI CINTA
Salam semua.
Saya kongsikan artikel yang saya baca dari blog ustaz Pahrol. Moga ianya membantu hati2 yang sedang berada di persimpangan dalam menghadapi kemelut dan ujian dalam berumah tangga.
Usia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun.
Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun siisteri meluahkan rasa hatinya
dengan berkata, “saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil
lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan,
ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan
saudara?”
“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti.
Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan
itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika
jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik,
teruskan perjalanan!”
“Mengapa pula?” tanya siisteri.
“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada
beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah
dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di
jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan
perkahwinan ini. ”
“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus
positif jika dia terus bersikap negatif?”
Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan
untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang
betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’
sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu
untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang
dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri
kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what
happens to you.’
Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif.
Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai.
Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif
seterusnya membentuk sikap yang positif:
- 1. Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.
Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan
dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak.
Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan
begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita
jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai
situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai
balasannya.
Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan
kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap
bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita
berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai
suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab.
Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah,
apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?
Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang,
percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan
tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita
lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang
sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu
akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh
lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.
Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada
di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan
dibenarkan. Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan
benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana?
Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa
keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam
dunia (termasuk rumah tangga) yang tidak sempurna ini hanya akan
menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.
Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga,
keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan
ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara
kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu
kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu
tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.
Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus
kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan
berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan
kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu
yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.
Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung
jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka
tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan
ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti
Asiah isteri kepada Firaun.
ii) Sering berdamping dengan orang yang positif.
Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh
dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh
orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap
kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah
s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.
Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita
dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum
umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga.
Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah
dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan
dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada
orang yang begini?
Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah
dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda,
mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak
untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap
negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita
mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan
menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan
kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.
iii) Jadikan sekarang masa paling gembira.
Jika orang bertanya bilakah masa yang paling
gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling
ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke
masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih
stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.
Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita
gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah
berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru,
jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana
semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan
oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang
dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba
hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!
Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita
berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang
kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa
diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi
realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’
yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru
hari ini!
iv) Cari jalan untuk mengatasi stres.
Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran
dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu
para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah
terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh
jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah
geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.
Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau
melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah
yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang
memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh
‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan
isterinya?
Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan
kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang
kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula
apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali
stabil.
v) Jangan terlalu serius.
Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius
tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan
sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu
Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah. Hiburan umpama garam
dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk
memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan
isteri-isterinya, mengapa kita tidak?
Memang banyak perkara yang penting dan kritikal
perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan
bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur
humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan
kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah
tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu
yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya
membina rumah tangga bahagia.
Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom
bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah
suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang
penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang
positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang
sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir
untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan
menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!
Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang
keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi
ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh
sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila
yang buruk itu telah benar-benar terjadi.
Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi
lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila
kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan,
tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal
yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk
itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada
kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri
yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri
kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang
lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…
Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa
yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang
ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah
perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya.
Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang
mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
Sumber : genta-rasa.com
Saturday, June 09, 2012
Ya Syahiid
Maknanya yang menyaksikan.
Bacalah zikir ni sebanyak 173x tiup pada ubun-ubun anak sekali seumur hidup atau boleh dibuat zikir.
Dizaman yang mencabar ini, perkara maksiat memang dah jadi perkara biasa dalam kehidupan manusia kini. Semoga dengan doa ini anak-anak kita akan terhindar dari melakukan maksiat, berzina, gay dan lain-lain kejahatan lagi. Moga Allah lindungi zuriat kita berkat doa kita sebagai ibu dan bapa.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Monday, February 13, 2012
Mak kata "jangan minum air berdiri"
Mak saya marah tiap kali saya minum berdiri. Dari saya kecil, belum berkahwin, dah berkahwin & ada anak..baru kini saya faham kenapa emak selalu menegah supaya minum duduk jangan berdiri. Mak selalu kata nanti air tu terus ke bawah tak elok untuk orang perempuan. Saya masih mengabaikan kata-kata mak tu, kadang-kadang saya minum juga berdiri bila terlupa. Bila terlintas pesanan mak baru saya duduk. Setelah ada anak ni tetiba saya tergoogle artikel di bawah. Rupanya tegahan mak saya ada benarnya, cuma mak tidak menerangkan secara saintifik kenapa & mengapa.
Moralnya : pesanan orang tua kita jangan diabaikan.
Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???
Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.
Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..
1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung
~erranis~

Friday, February 03, 2012
Makna tersirat disebalik "aku terima nikahnya..."
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."
Wahai si suami sedarlah akan tanggungjawab kamu di dunia & juga di akhirat. Kamu akan berdepan & menjawab didepan Allah sekiranya kamu gagal menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan ini. jadilah seorang suami yang bertanggungjawab terhadap anak isteri demi kesejahteraan di akhirat
Sumber rujukan : http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/3847-dosa-dalam-perkahwinan.html

Thursday, January 05, 2012
Doa suami kedekut
1.Bacakan selalu surah Al Kausar.

2.Bacakan juga zikir pelembut hati ini agar hati suami tu lembut sikit nak beri nafkah:
“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir”
3.Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas ubun-ubun suami. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Selain itu hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami..
4.Selain daripada itu amalkan doa ini: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi nabi daud a.s”.
Demikian doa suami kedekut yang boleh Anda amalkan.

Doa elak ego, keras kepala anak,isteri & suami
Supaya saya tidak mudah lupa, saya copykan artikel yang saya baca dr http://pakarhowto.com untuk peringatan & amalan saya.
Untuk suami @ isteri @ anak anda keras kepala ker, ego tinggi ker, malas (atau tak mahu) solat 5 ker, amalkan doa ini dengan istiqamah .

Maksudnya:
“Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.” (Surah Ar Rum:Ayat 31)
Cara mengamalkannya ialah :
1.Baca lah ayat ini (sebagai doa) sebanyak 33 x setiap kali selepas solat dan mohonlah hajat anda kepada Allah Ta’ala.
2.Boleh juga dibacakan ayat ini dan ditiupkan ke dalam air minuman. Kemudian, air tersebut diberi minum kepada pasangan (suami/isteri) atau anak anda.
Sumber : http://pakarhowto.com

Amalan mendapat jodoh
Salam 2012,
Saya percaya diluar sana masih ada lagi insan-insan yang sedang menunggu jodoh & berusaha mencari jodoh masing-masing. Kalau ada yang masih tidak bertemu jodoh. Cubalah tips di bawah ini.Saya tahu sukar sebenarnya mencari jodoh ini kerana saya juga mengambil masa 14tahun (dr usia 20 hinggalah 34thn) untuk mendapatkan jodoh saya. Tapi saya tidak pernah berputus asa mencari,berdoa & bertawakal hingga akhirnya Allah gerakkan hati saya ke Mekah menunaikan umrah. Setelah 3 bulan sekembalinya saya dari Mekah, alhamdulilah Allah telah memperkenankan doa & usaha saya selama berbelas tahun.
Saya tidak ingat dimana saya mendapat tips ini, tapi ianya ada dalam koleksi saya. Lebih berguna kalau ianya di kongsi bersama-sama.
Cubalah, moga ianya menjadi titik tolak kepada pertemuan jodoh anda semua.
Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.
1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadis nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.
2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadis, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.
3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh khusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.
4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah
5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.
6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)
7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.
9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.
12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.
Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat beramal.
~erranis 2012~

Subscribe to:
Posts (Atom)