Friday, December 25, 2009

Buku



4 buah buku lagi yang aku tak sempat nak baca. Rasa macam banyak sgt keja nak dibuat kat rumah ni smpikan nak baca buku pun tak sempat.

Buku "bahagiakan hatimu". Buku ini aku dah baca separuh tapi tak concentrate sangat. Maka aku kena ulang balik baca buku ni. Buku ini elok dibaca untuk kita memahami tentang hati sebab segala penyakit berpunca daripda hati, hati yang suka berdendam, hati yang gelisah dan tiada ketenangan. Kebahagiaan sebenarnya terletak dihati bukan kemewahan harta benda.Di dalam buku ini ada menceritakan bagaimana untuk membahagiakan hati dan hidup dengan tenang. Harap2 lepas aku baca ni, aku akan tenang hati selalu ;-)

Haram Ucap Merry Christmas bagi orang Islam

Info ini aku dpt dari kawan yg forwardkan email kat aku. Aku pun tak berapa pasti makna sebenar Merry Christmas tu. Jika betul maksud seperti diceritakan dibawah, sebagai umat islam kita haruslah berhati2 dgn perkataan yang diucapkan.Semoga Allah melindungi iman kita semua. Amin.

Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal atau Merry Christ dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahun Baru Cina WALLAHUALAM).Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya(WALLAHUALAM),tetapi maksud Selamat Hari Nata atau Merry Christ dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Jesus(NAUZUBILLAH).Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah,Yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)

Thursday, December 24, 2009

PMR result hari ini

PMR result thn ni dah kuar..seperti biasa adik aku yang mengarah aku menelefon anak2 buah aku menanya result masing2. Thn i sorang je yg amik PMR..Liyana je...YM dia tadi...katanya B tak de bunyi...maknanya semua A lah tu...8A dia pulun. Tahniahlah Liyana...korang adik beradik semua pukul abis2an. Adik aku lah yang pening kepala dok mikir camnelah anak dia nanti nak bersaing ngan sepupu2nya. Anak aku tak tahulah lagi...rupa pun tak tahu lagi mcmana hahahaha...apa2 pun Congrat utk yg berjaya & yg tak berjaya tu jgn patah semangat..SPM nanti buat baik2. Aku nilah kn jugak check poket...nak kn belanja huhuhu...

Doa pendekat jodoh


Ini pulak salah satu doa untuk kawan2 yang masih belum bertemu jodoh. Amalkan doa ni disamping usaha kita sendiri mencari jodoh. Jodoh ni kalau dicari memang susah nak dapat tapi kalau tidak dicari senang pulak di datang. Kekadang pening jugak kepala memikirkannya. Aku Alhamdulilah telah bertemu dengan jodohku dan doakanlah jodohku ini berpanjangan. Apa pun doakanlah jodoh aku berkekalan hingga ke akhir hayat. Rupanya jika sudah jodoh, ianya datang dgn sendirinya, luaskanlah pergaulan dengan rakan-rakan sekeliling.Rupanya jodoh tu dekat aje dengan kita cuma Allah menetapkan masa dan ketika yang sesuai sahaja utk kita bersatu dengannya. Allah itu Maha Kuasa. Dia mengatur segalanya begitu teliti. Sebagai hambaNya, kita tidak harus berputus asa untuk berusaha mencari jodoh kita.

Aku juga ada baca beberapa amalan yang terbukti berkesan utk pencari2 jodoh :-).Aku terbaca dalam website, aku pun tak ingat website apa. Dalam website tu, penulis blog ni ada bercerita tentang kisah benar ini. Satu hari dia kata, kawan dia ini telah menonton drama Indonesia diTV. Dalam drama tu, ustaz tu berkata, jika kamu ingin bertemu dgn jodohmu, maka amalkanlah 3 perkara ini (aku tuliskan di bawah ini). Setelah kawan dia selesai menonton drama tersebut, dia mengamalkan apa yang di suruh oleh ustaz tu dan Alhamdulilah dia mengamalkan tanpa putus asa dan akhirnya dalam ms berberapa bulan dia bertemu dengan jodohnya. Allah itu memang Maha mendengar rayuan hambanya,Dia Maha Pengasih & Maha Penyayang. Maka berdoalah kepadanya tanpa putus asa. Kita jangan mendengar apa kata orang sekeliling tentang jodoh kita, biarkan mereka tapi kita sebagai hambanya lakukanlah usaha yang mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa, Sabar & Kuatkan semangat. Allah itu sentiasa bersama hambanya yang meminta2. Pintalah padaNya. Insya Allah.

Antara amalannya ialah :-
1. Berpuasalah pada hari Isnin & Khamis
2. Bersedekahlah kepada fakir miskin
3. Lakukanlah solat ditengah malam (Tahajud & Hajat juga Istikarah)

Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu rakan-rakan yang buntu untuk mencari jodoh.

Janganlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Petua awek muda untuk ibu2.

Ini juga salah satu koleksi doa yang ada dalam simpanan aku. Aku tak ingat mana aku dapat petua ni. Rasanya dari email yang di forwardkan kawan2. Semoga semua ini dpt membantu ibu2, bakal ibu dan isteri2 utk jadi sentiasa muda. Sama-sama kita amalkan.

PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Doa Stress



Untuk sape2 yang selalu rasa stress tu, elok amalkan doa diatas ni. Doa ni aku amik dari website darul syifa. Korang boleh pegi website darul syifa kalau nak banyak lagi doa2. Ini salah satu doa yang aku download tapi belum amalkan lagi. Aku saja letak kat website aku ni supaya senang aku nak rujuk. Tak payah nak cari2 dlm folder. Lambat & buang ms aku aje..hehehe...Amal-amalkanlah yer...

Ayat Pengerak

Setelah aku melalui pelbagai dugaan dalam hidup aku, pengalaman yang kekadang aku sendiri macam tidak percaya adalah ianya betul atau tidak. AKu banyak melayari internet untuk mencari ayat-ayat yang boleh aku gunakan untuk menyembuhkan penyakitku & gangguan2 yang aku alami. Aku akan kongsikan beberapa potong ayat yang selalu aku amalkan. Semoga ianya memberi manfaat pada kita semua. Ayat ini aku jumpa didalam website ustaz Harun Din.

Ayat ini biasanya aku amalkan ketika keluar rumah & pulang dari rumah. Jika kita ingin keluar dari rumah, bacalah ayat ini sebyk 7kali. Kalau kita rasa mcm tidak kena, mcm tak sedap hati, rehat sebentar dlm beberapa minit kemudian barulah kita melangkah kaki utk keluar rumah. Tujuannya utk mengelak musibah di luar rumah.

Ketika kita pulang iaitu sebelum masuk ke rumah, eloklah dibaca ayat ini sebanyak 3 kali dan ludah kekiri (isyarat sahaja) tujuannya supaya JIN atau Syaitan tidak ikut sama masuk kerumah. Elok diamalkan utk rumah yang ada baby.




Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua. Sama-sama kita amalkan dan kongsikan ilmu ini bersama.

Wednesday, December 23, 2009

Mission July 2010.

Tak lama lagi kita semua akan menyambut tahun baru 2010.
Apa agaknya azam kawan-kawan semua. Azam aku untuk tahun depan ni nak laksanakan misi July 2010. Start dari sekarang dah kn kumpul duit, kalau tak misi July tak mungkin akan tercapai. Fikir punya fikir, takut jugak sebenarnya kalau misi tersebut terkandas ditepi jalan tapi aku yakin kalau kita nak buat benda baik, Insya Allah, yang Maha Kuasa akan membantu. Aku serahkan saja padanya disamping usaha2 kearah itu aku buat.
Doakan mission July 2010 aku ini tercapai. 7 months from now on, i must get ready.
Berpeluh jugak ni...

Thursday, August 07, 2008

Clots/Stroke-Symptoms

Blood Clots/Stroke - They Now Have a Fourth Indicator, theTongue.

STROKE: Remember The 1st Three Letters.... S.T.R.

My nurse friend sent this and encouraged me to post it and spread the word. I agree.
If everyone can remember something this simple, we could save some folks. Seriously..

Please read:
STROKE IDENTIFICATION:

During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) ....she said she had just tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening.

Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 pm Ingrid passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die.... they end up in a helpless, hopeless condition instead.

It only takes a minute to read this...
A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke... totally . He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S * Ask the individual to SMILE.

T * Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently)
(i.e. It is sunny out today)

R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call 999/911 immediately and describe the symptoms to the dispatcher.

New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other , that is also an indication of a stroke.

Tuesday, August 05, 2008

I'm back

Dah setahun rupanya aku tak menjenguk kat blog ni..
Banyak perkara terjadi dlm tempoh setahun ni..cuma aku x ad amasa nak mengabdikan di blog ni..hari ni tah mengapa tergerak hati untuk menyisipkan sesuatu di sini..
Ini adalah artikel berguna untuk tatapan semua..yg difwd oleh rakan ku..

Subject: Antibiotik & Kisah nya

Assalamualaikum,

Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik d igunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic) . Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii.. ... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.
2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan . Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear . Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusa n sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiot ik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak perna h memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama ku at juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Thursday, August 16, 2007

wanita

Pelajari wanita bukan untuk difahami tapi untuk diseimbangi.

Wednesday, August 08, 2007

Kata2 Hikmah

Kata hikmah untuk hari ni.

Kita tidak akan boleh hidup sendirian tanpa teman.
Belajarlah membuka hati untuk menerima dan berkongsi
kehidupan kita dengan orang lain.Insya Allah, orang
lain juga akan membuka hati untuk menerima kita dengan
kelebihan dan kekurangan yang ada.

Thursday, September 28, 2006

Dugaan puasa ke 5

Hari ni dah masuk hari ke 5 puasa...tapi dugaan hari ni lagi kuat dari hari-hari sebelum ni.
Rasa malas, pening dan asyik rasa nak angin ajer...tah apa penyakit tah.
Kebetulan keja pun tak banyak sangat hari ni...bosan betul nak tunggu kui 5.
Semua keja tak menjadi & semua org kena marah..kalau tengok resepi ok gak ni.
nak masak apa ya hari ni...ok gak resepi ni...lagi 8 minit kui 5..nak solat kejap & balik.
Lepas dah seksaan aku hari ni.


Tenggiri Masak Johor
Bahan-Bahan:

4 keping ikan tenggiri, dipotong 2.5 sm
1 camca teh kunyit serbukGaram secukupnya
1 biji bawang besar, dihiris membulat
6 camca besar kicap manis
¼ camca sos cili
1 camca besar sos tomato
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan ditumbuk:
2 sm halia
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara:
Lumur garam dan kunyit pada ikan. Goreng hingga kuning. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata. Masukkan ikan goreng dan bawang besar. Kacau rata. Angkat.

Template by:
Free Blog Templates